ANALISIS KRITIKAN ILMUWAN HADIS KONTEMPORARI TERHADAP HADITH JABIR MENGENAI PENGISBATAN NUR MUHAMMAD SEBAGAI MAKHLUK PERTAMA

Mohd Asyran Safwan Kamaruzaman, Siti Aishah Sokhibul Fadil, Mohd Sobri Ellias

Abstract


Doktrin atau kepercayaan terhadap Nur Muhammad sangat masyhur di kalangan pengamal tarekat dan tasawwuf. Sebahagian daripada pengamal tarekat menjadikan Nur Muhammad ini sebagai salah satu daripada kepercayaan yang perlu diyakini. Keyakinan terhadap Nur Muhammad ini menjadi satu polemik di kalangan umat Islam sehingga mengundang para ulama untuk mengkaji mengenai kesahihan periwayatan Hadith Jabir yang menjadi asas kepada terbinanya keyakinan Nur Muhammad. Selain itu, para ulama turut mengkaji implikasi yang terkait dengan akidah terhadap mereka yang meyakini doktrin Nur Muhammad. Antara permasalahan yang timbul terhadap doktrin Nur Muhammad adalah periwayatan Hadith Jabir tidak mencapai darjat Hadith Sahih sehingga boleh menjadi dalil sandaran dalam akidah dan dalam masa yang sama, keyakinan terhadap Nur Muhammad boleh mengundang kepada keyakinan yang batil di sisi syarak. Objektif kajian ini adalah mengkaji kritikan dan ulasan dua orang tokoh hadis, akidah dan tarekat kontemporari iaitu al-Ghumarari (w. 1993) dan al-Harari (w. 2008) dan seterusnya menganalisis kritikan mereka terhadap doktrin Nur Muhammad berdasarkan Manhaj Ahli Sunnah Waljamaah. Kajian berbentuk kualitatif dengan menggunakan metode keperpustakaan di penulis akan melihat keabsahan periwayatan Hadith Jabir dan menganalisis implikasi akidah yang terhasil berdasarkan metodologi ulama Ahli Sunnah Waljamaah. Hasil kajian mendapati bahawasa Hadith Jabir tidak mencapai darjat Hadith Sahih mahupun Hadit Mutawir yang boleh dijadikan sandaran dalam akidah, bahkan keyakinan terhadap doktrin Nur Muhammad boleh menjejaskan akidah jika difahami atas jalan hulul, ittihad, tashbih dan tasjim. Kesimpulannya doktrin Nur Muhammad wajar ditolak dan disekat penyebarannya bagi memelihara kemurnian akidah umat Islam berdasarkan manhaj Ahli Sunnah Waljamaah.

Keywords


Nur Muhammad; Hadith Jabir; Ahli Sunnah Waljamaah; Tarekat; Tasawwuf

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2023 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.