PENGESAHAN INSTRUMEN KEADILAN ORGANISASI : ANALISIS PENEROKAAN FAKTOR (EFA) DALAM KAJIAN MELIBATKAN PENSYARAH DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI SWASTA DI MALAYSIA
Abstract
Kajian ini adalah bertujuan untuk membuat pengesahan terhadap instrumen Keadilan Organisasi yang digunakan dalam kalangan pensyarah di Institut Pengajian Tinggi Swasta di Malaysia. Instrumen yang digunakan merupakan instrumen yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dari instrumen yang asal. Sebanyak 100 responden diambil untuk menguji menggunakan kaedah Analisis Penerokaan Faktor (EFA) dan kebolehpercayaan alfa cronbach. Hasil menunjukan terdapat 3 faktor dengan nilai Eigen melebihi 1.0 nilai KMO (Kaise-Meyer-Olkin) .931 > 0.06 menunjukan item-item dalam instrumen Keadilan Organisasi mencukupi untuk inter-korelasi. Seterusnya Ujian Bartlett adalah signifikan adalah signifikan. Daripada 20 item instrumen hanya 2 item sahaja yang menunjukan faktor pemberat kurang daripada 0.6 iaitu item 1 & 6 terpaksa digugurkan. Akhir sekali nilai jumlah varians yang ditunjukan hasil analisis dari 3 faktor tersebut adalah 86.878. Nilai alfa cronbach semakin bertambah selepas 2 item yang dibuang iaitu dari .981 kepada .982 . Secara keseluruhannya dapatan menunjukan bahawa item-item bagi instrumen Keadilan Organisasi dapat mengukur apa yang hendak diukur.
Keywords
Keadilan Organisasi; Analisis Penerokaan Faktor
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2022 Jurnal 'Ulwan
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.