HUFFAZ SEBAGAI ASET MODAL INSAN: PELAKSANAAN STRATEGI DI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN)
Abstract
Dewasa kini, golongan huffaz semakin mendapat perhatian di kalangan masyarakat. Sebelum ini golongan huffaz hanya lebih berperanan di institusi-insitusi agama, namun kini para huffaz telah menembusi pasaran dalam bidang-bidang profesional mahupun bidang kritikal negara. Bertepatan dengan wawasan bagi mewujudkan negara yang harmoni, sejahtera dan maju, kita perlu menggarap semua modal insan termasuklah golongan huffaz yang ada peranannya tersendiri sepertimana yang telah digagaskan menurut al-Quran dan hadis Nabi SAW. Justeru, kajian ini mengemukakan beberapa perlaksanaan strategi yang dilakukan oleh Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dalam usaha melahirkan huffaz yang berkualiti tinggi serta menepati aspek modal insan untuk negara. Antaranya melalui medium akademik, bukan akademik, penekanan disiplin pelajar, penglibatan pelajar dalam aktiviti pembangunan insan di dalam dan juga di luar kampus, termasuk dengan bantuan sokongan berbentuk kewangan, fasiliti, pengurusan, dan pentadbiran. Pelaksanaan yang holistik ini telah menampakkan hasil yang positif melalui graduan huffaz UNITEN dengan penglibatan yang aktif dan signifikan dalam masyarakat sama ada dari aspek kerjaya mahupun sosial. Kajian ini menggunakan metode analisis dokumen, observasi turut serta, dan soal selidik melalui temubual bersama beberapa responden yang terpilih. Hasil kajian ini mendapati huffaz mempunyai potensi yang tinggi dan memainkan peranan yang sangat penting dalam melahirkan generasi al-Quran, masyarakat yang bertamadun dalam usaha mengembalikan kegemilangan negara dan ummah.
Keywords
Huffaz; modal insan; strategi pelaksanaan
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2022 Jurnal 'Ulwan
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.