ITHBAT HAFAZAN AL-QURAN: SATU KAJIAN TINJAUAN KALANGAN LEPASAN HUFFAZ

Zainora Daud, Norazman Alias, Noorhafizah Mohd Haridi

Abstract


Istilah hafazan sangat sinonim dengan para penghafaz yang sentiasa melazimi diri mereka dengan kalam Allah secara talaqqi, tahfiz, tafahum, tadabbur dan sebagainya. Namun kekuatan hafazan dan ingatan terhadap 30 juzuk al-Quran sering menjadi topik perbahasan utama dalam kalangan mereka. Isu pengekalan hafazan juga dikaitkan dengan masalah sikap, pengurusan masa serta kesilapan dalam strategi pengulangan. Lantaran itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauhmana tahap pengukuhan (ithbat) hafazan para huffaz. Reka bentuk kajian tinjauan digunakan dalam kajian ini dengan pengumpulan data menerusi instrumen soal selidik, ujian syafawi serta ujian tahriri dan kaedah analisis deskriptif yang digunakan ialah kekerapan dan peratusan. Teknik persampelan bertujuan dipilih oleh pengkaji merangkumi 116 lepasan huffaz yang terlibat dengan kemasukan program pengajian qiraat di USIM daripada pelbagai institusi. Hasil kajian mendapati bahawa tahap pengukuhan hafazan para pelajar masih perlu kepada penambahbaikan dalam aspek pengulangan ayat-ayat hafazan secara istiqamah. Kesimpulannya, para huffaz perlu menanamkan rasa kebertanggungjawaban sebagai hamalah al-Quran dan sentiasa mujahadah dalam mengukuhkan serta mengekalkan ayat-ayat hafazan al-Quran.

Keywords


hafazan; ithbat; huffaz; al-Quran; USIM

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2022 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.