PERBANDINGAN TAHAP PERSEPSI PELAJAR TAHFIZ BESTARI TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA ARAB
Abstract
Pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia semakin berkembang dan dipelajari oleh setiap aliran dan lapisan masyarakat. Bagi setiap muslim, bahasa Arab merupakan bahasa bagi agama Islam dan diaplikasikan dalam ibadah-ibadah seharian. Pelajar tahfiz merupakan pelajar yang sentiasa mengulangi bacaan dan hafalan al-Quran. Justeru, mempelajari dan memahami bahasa Arab dapat memberikan nilai tambah yang bermakna buat pelajar tahfiz. Kajian ini mengetengahkan tahap persepsi pelajar sebelum dan selepas mereka mempelajari bahasa Arab. Latar belakang pendidikan bahasa Arab bagi para pelajar adalah mereka tidak pernah mempelajari bahasa Arab dengan mengikut kurikulum Sijil Pelajaran Malaysia secara khusus. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif menggunakan reka bentuk kajian tinjauan yang dijalankan terhadap 81 orang pelajar Tahfiz Bestari Kolej Universiti Islam Melaka. Analisis Ujian-t sampel berpasangan digunakan bagi mendapatkan data kajian. Dapatan data menunjukkan tahap perpepsi pelajar sebelum mempelajari bahasa Arab berada pada tahap sederhana (M=3.29, SP=0.233). Manakala, tahap persepsi selepas mereka mempelajari bahasa Arab berada pada tahap tinggi (M=3.90, SP=0.510). Perbandingan kedua-dua tahap persepsi menunjukkan nilai signifikan 0.000 iaitu lebih kecil daripada 0.05 menunjukkan bahawa terdapat perbezaan nilai yang signifikan antara persepsi sebelum dan persepsi selepas mempelajari bahasa Arab. Nilai min persepsi selepas mempelajari bahasa Arab menunjukkan bahawa persepsi pelajar mengalami perubahan kearah yang lebih positif. Dapatan ini boleh digeneralisasikan sebagai maklumat awal sebelum sesebuah proses pengajaran dan pembelajaran khususnya bahasa Arab dijalankan. Ia dapat membantu tenaga pengajar dalam menentukan kaedah, pendekatan, bahan pengajaran dan teknik yang berkesan untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab khususnya untuk pelajar tahfiz.
Keywords
Pelajar Tahfiz Bestari; Pembelajaran; Bahasa Arab
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2021 Jurnal 'Ulwan
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.