SUMBANGAN MADRASAH PULAU BESAR TERHADAP PERKEMBANGAN ISLAM DI MELAKA

Khairul Azhar Meerangani

Abstract


Pulau Besar merupakan antara lokasi tumpuan di Melaka yang banyak dikaitkan dengan kisah mistik dan lagenda. Para pelancong dari dalam dan luar negara sering melawati pulau ini atas pelbagai tujuan dan keperluan. Meskipun lebih masyhur dengan kisah-kisah mistik, pulau ini sebenarnya merupakan antara lokasi utama penyebaran dan perkembangan agama Islam di Melaka suatu ketika dahulu. Kewujudan madrasah yang menumpukan kepada pengajian Islam dan tasawuf secara tidak langsung telah berjaya mengubah pegangan dan amalan beragama masyarakat setempat. Kajian ini bertujuan menilai sumbangan yang dimainkan oleh madrasah ini dalam aktiviti penyebaran dan perkembangan Islam khususnya di sekitar Melaka. Fakta sejarah diperoleh daripada sumber primer dan sumber sekunder yang dianalisis secara induktif bagi merumuskan sumbangan institusi ini terhadap aktiviti penyebaran Islam dalam kalangan masyarakat tempatan. Pembinaan madrasah di Pulau Besar oleh para ulama dari Semenanjung Arab telah menjadikan pulau ini sebagai antara lokasi tumpuan pengajian dan penyebaran Islam bukan sahaja di Melaka, bahkan di Nusantara. Madrasah ini juga telah melahirkan beberapa tokoh terkemuka dalam dakwah Islam seperti Sunan Giri dan Sunan Bonang yang akhirnya telah meneruskan usaha dakwah ini ke seluruh Nusantara. Ternyata, kewujudan madrasah ini telah memberikan sumbangan yang cukup signifikan dalam aktiviti penyebaran dan perkembangan Islam khususnya di Melaka. 


Full Text:

PDF

References


‘Abd al-Karim bin Hawazin al-Qushairi. (t.t). al-Risalah al-Qushairiyyah fi ‘Ilm al-Tasawwuf. Beirut: Dar al-Jil.

A. Samad Ahmad (penyelenggara). (1996). Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abd. Rahman Haji Abdullah. (2000). Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Abdul Rahman Abdullah. (1990). Pemikiran Umat Islam di Nusantara: Sejarah dan Perkembangannya hingga Abad ke-19. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rahman Abdullah. (2012). Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Abdullah Ishak. (1995). Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abu Hasan Sham. (1980). Tarikat Naqsyabandiah dan Peranannya dalam Kerajaan Melayu Riau Sehingga Awal Abad ke-20. Dlm. Khoo Khay Kim (Ed.). Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.

Ana Faqir. (2008). Menyingkap Misteri Pulau Besar. Kuala Lumpur: Seribu Dinar.

Faudzinaim Badaruddin. (2004). Kitab Jawi dan Tasawuf. Dlm. Zulkiple Abd Ghani dan Ahmad Redzuwan Mohd Yunus (Eds.). Dakwah Tarekat Tasawuf di Malaysia: Relevansi dan Cabaran. Bangi: Penerbit UKM.

Hamka. (2016). Sejarah Umat Islam. Batu Caves: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Jayum A. Jawam. (2007). Malaysian Politics and Government. Shah Alam: Karisma Publications.

John Crawfurd. (1820). History of the Indian Archipelago. Edinburgh: Archibald Constable and Co.

Ma Huan. (1970). The Overall Survey of The Ocean’s Shores. J.V.G Mills (transl.). Cambridge: Cambridge University Press.

Mahayudin Yahaya. (2001). Islam di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Marwan Salahudin & Binti Arkumi. (2016). Amalan Tarekat Qadiriyah wa Naqsabandiyah Sebagai Proses Pendidikan Jiwa. Esoterik: Jurnal Akhlak dan Tasawuf.

Mohd Faizal Harun. (2015). Tasawuf Dan Tarekat Sejarah Perkembangan Dan Alirannya Di Malaysia. Sintok: Penerbit UUM.

Muhammad Yusuf Khalid. (2002). Peranan Tarekat Tasawuf dalam Dakwah Islamiyah. Dlm. Muhammad Yusuf Khalid et.al (Eds.). Isu Dakwah dan Kemanusiaan dalam Era Globalisasi. Kuala Lumpur: Fakulti Dakwah dan Pengurusan Islam.

Muller (transl.). (1884). Valentyn’s Description of Malacca. JSBRAS.

Pandji Djojosubroto (ed.). (1917). Serat Babad Tanah Jawi. Semarang: G.C.T. Van & Co.

Ramawan Ab. Rahman. (2009). Sejarah Pemikiran dan Tamadun Islam. UiTM: UPENA.

Ramli Awang. (2006). Perkembangan Institusi Pondok di Nusantara: Pengaruhnya di Negeri Kedah. Skudai: Penerbit UTM.

Rohaimi Rastam, Mohd Syukri Yeoh Abdullah dan Yusri Mohamad Ramli. (2015). Analisis Salasilah Tarekat Shaykh Shams al-Din al-Sumatra’i. International Journal of Islamic Thought.

Rosni Wazir. (2016). Sorotan Perkembangan Tasawuf Di Alam Melayu, Tokoh-Tokoh Dan Karyanya. Jurnal Pengajian Islam.

S.Q. Fatimi. (1963). Islam Comes to Malaysia. Singapore: Malaysia Sociological Research Institute.

Shafie Abu Bakar. (1996). Kedatangan dan Perkembangan Ilmu Islam di Nusantara. Dlm. Baharuddin Yatim dan Sulaiman Noordin (Eds.). Konsep Pembangunan dan Kenegaraan Malaysia. Bangi: Pusat Pengajian Umum UKM.

Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: UPENA.

Suzana Othman. (2011). Ahlul-bait (Keluarga) Rasulullah SAW & Ulama Umarak di Alam Melayu. Batu Caves: Crescent News.

Syed Muhammad Naquib al-Attas. (1963). Some Aspects of Sufism as Understood and Practised Among the Malays. Singapore: Malaysia Sociological Research Institute.

Syed Muhammad Naquib al-Attas. (1972). Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Bangi: Penerbit UKM.

Wan Mohd Saghir Abdullah. (2004). al-Ma’rifah: Pelbagai Aspek Tasawuf di Nusantara. Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah.

Yusuf bin Ismail al-Nabhani. (2001). Jami’ Karamat al-Awliya’, Beirut: Maktabah al-‘Asriyah.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.