ANALISIS GAYA BAHASA PUISI DALAM LAGU TRADISIONAL BONGAI DODOI ANAK

Akbar Amran

Abstract


Lagu-lagu  rakyat di negara kita banyak menonjolkan penggunaan puisi sebagai seni kata lagu.  Begitu juga dengan seni muzik bongai yang terkenal dalam kalangan masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan. Kajian ini bertujuan menganalisis penggunaan gaya bahasa dalam lagu Bongai Dodoi Anak. Metodologi kajian melibatkan penyelidikan kualitatif berdasarkan analisis seni kata lagu Bongai Dodoi Anak. Kajian ini menggunakan pendekatan stilistik dalam menghuraikan penggunaan gaya bahasa yang digunakan oleh penulis. Analisis juga dilakukan dengan melakukan bacaan yang teliti bagi setiap perkataan dan frasa bagi menganalisis penggunaan gaya bahasa yang digunakan dalam membina seni kata lagu tersebut. Hasil kajian mendapati penulis memaparkan gaya yang realistik bagi menghasilkan seni kata lagu Bongai Dodoi Anak. Gaya bahasa penulis yang realistik ini memudahkan seni kata lagu ini diterjemah dan difahami dengan mudah walaupun seni kata lagu ini mempamerkan dialek Negeri Sembilan. Secara keseluruhannya, implikasi kajian ini dengan menggunakan pendekatan stilistik bagi menganalisis seni kata lagu dapat membawa pembaca atau pendengar melihat penggunaan gaya bahasa, memahami maksud serta menjelmakan estetika seni kata lagu Bongai Dodoi Anak.


Full Text:

PDF

References


A. Halim Ali. (2019). Pengetahuan Asas Penyelidikan Kesusasteraan Melayu. MZ Edu Publication.

Al-Ma’ruf, Ali Imron. (2014). Stilistika : Teori, Metode dan Aplikasi Pengkajian Estetika Bahasa. Cakra Books Solo.

Amir Husairi Sharif. Apa Ada Pada Lirik. Dewan Budaya, Mei 2006

Aschmann, L. (1997). 500 Songwriting Ideas : For Brave and Passionate People. Mix Books.

Dewan Bahasa Dan Pustaka. (2009) Kurik Kundi Merah Saga, Kumpulan Pantun Lisan

Melayu Edisi Kedua. Kuala Lumpur

Faiziah. (2014). Bongai Sebagai Manisfestasi Bahasa Dan Budaya Berdasarkan Pendekatan

Semiotik [Unpublished doctoral dissertation]. Universiti Putra Malaysia

Firdaus Mul, Bahasa Melayu Cerminan Jati Diri dan Identiti Bangsa Malaysia, Dewan Bahasa, Jun 2023

Harun Mat Piah. (2004). Puisi Melayu Tradisional: Nasihat Dan Pengajaran: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ismail Abdul Hadi. (1996). Bongai Nyanyian Tradisional Negeri Sembilan. Grup Penulis Guru Negeri Sembilan Jabatan Pendidikan N. Sembilan.

Leech, G. and Short, M. (2001). Style in Fiction: A Linguistic Introduction to English Fictional Prose Foreign Language. Beijing: Teaching and Research Press.

Lim Swee Tin. Lirik Lagu : Cerminan Citra Budaya Bangsa. Dewan Budaya, Mei 2006.

Mohd Azam bin Sulong. (2018) Estetika Lagu-lagu Melayu Popular Berdasarkan Aspek Seni Kata dan Melodi Lagu. Tesis Ijazah Doktor Falsafah Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mohd Zin. (1998). Pengenalan Ringkas Bongai Lagu Tradisonal Negeri Sembilan. Unit Pemuliharaan dan Penyelidikan Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan.

Muhammad Fadzeli Jaafar. (1999). Aplikasi Analisis Stilistik. Pelita Bahasa. Disember.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir. (2005). Stilistik Komsas. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Ramli Sarip. Citra Bangsa dalam Lirik. Dewan Budaya, Mei 2006.

Rais Yatim, Datuk Seri Utama. (2013). Pantun & Bahasa Indah : Jendela Budaya Melayu.Endoment Publications.

Rogayah A. Hamid & Jumaah Ilias (2006). Pandangan Semester Melayu: Pantun. Dewan Bahasa dan Pustaka

Siso. Kami Jujur Mengangkat Martabat Bangsa. Dewan Budaya, Mei 2006.

Siti Hajar Che Man. (2013). Kelestarian Pantun : Rencah dan Leluhur Bangsa Dulu, Kini dan Selamanya. International Journal of The Malay World and Civilisation (Iman)1 (1).

Suhardi Mukmin. (2008). Teori dan Aplikasi Stilistik.(Penyunting).Palembang : Universitas Sriwijaya.

Suhardi Endraswara. (2002). Metodologi Penelitian Sastra : Epistemologi, Model, Teori dan Aplikasi. Yogyakarta : Centre for Academic Publishing Service.

Tarigan, H.G. (2009). Pengajaran Gaya Bahasa. Penerbit Angkasa.

Umar Junus. (1989). Stilistik Satu Pengantar. Dewan Bahasa dan Pustaka.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.