POTENSI REKA CORAK BATIK ABSTRAK MELALUI APLIKASI KOTAK BERALUN TERPAKAI SEBAGAI TEKNIK INOVATIF

Junaidi Awang, Zamrudin Abdullah, Liza Marziana Mohammad Noh, Wan Norliza Wan Bakar, Rohaizan Mat Nashir Mohd Nasir

Abstract


Batik adalah seni yang merujuk kepada teknik merekacorak tekstil melibatkan dua proses utama iaitu proses penahanan bahan lilin ke atas fabrik sebelum melalui proses pewarnaan akan dilihat dari sudut inovasi teknik penghasilannya dari teknik tradisional sedia ada iaitu cantingan, terapan cop tembaga dan cetakan  kepada teknik inovatif iaitu aplikasi terapan dari bahan kotak terpakai dari jenis kotak berlaun iaitu salah satu kotak yang biasa digunakan dalam pembungkusan dan penghantaran barangan. Kajian ini bertujuan memperlihatkan potensi rekacorak abstrak yang terhasil melalui aplikasi bahan kotak beralun terpakai sama ada melalui kaedah terapan atau sapuan lilin yang mempunyai nilai estetiknya tersendiri sebagai idea dan inovasi kepada karyawan batik daripada kebergantungan kepada teknik konvensional sedia ada; selain dari meneroka dan memanfaatkan bahan terpakai yang secara langsung menyokong aspek kitar semula disamping memperkenalkan teknik pembuatan batik yang berkos rendah. Dominasi dan tren dalam konsep rekacorak batik masa kini yang telah berubah daripada motif berasaskan flora dan fauna kepada konsep yang lebih kontemporari terutamanya berunsurkan abstrak menjadi dasar kepada kajian ini. Metodologi kajian ini dihasilkan melalui penyelidikan berasaskan amalan seni iaitu Model Proses Kreatif oleh Graham Wallas untuk melihat potensi estetiknya. Kajian ini diharap dapat memperlihatkan potensi dan idea dalam kepelbagaian inovasi teknik dalam penghasilan batik untuk diperluaskan kepada komuniti karyawan dan pengusaha batik.


Full Text:

PDF

References


Abdullah, Z., Khan, S. M., Yahaya, S. R., & Manap, M. R. (2019). Ciri-Ciri Keindahan Dalam Penghasilan Rekaan Batik Kontemporari Berinspirasikan Motif Abstrak: The Aesthetic Values In The Production Of Contemporary Batik Inspired By Abstract Motifs. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 30(1), 236–269. https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/21232/10822

Kheng J. N. S. (2002). The Application of Other Various Textiles Techniques. Prosiding untuk Seminar Batik: Ekspresi, Eksplorasi, dan Komunikasi. Malaysia: Institut Kraf Negara, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

Samin, M. A., Rafeah, L., & Kari, R. (2018). Alternative Batik - The Potential oOf Its oOutcome and Designing Methods / Mohd Azhar Samin, Rafeah Legino and Rabiatuadawiyah Kari. 0126-5822, 22(SI), 54–58. https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/53362

Yunus, N. A. (2011). Malaysian Batik: Reinventing A Tradition. Singapore: Tuttle Publishing (JP). ISBN 9780804842648.

Manaf, Z. A. (2020, November 17). Usah Buang Kotak Terpakai, DIY Jadikan Hiasan Dinding, Alas Solat Atau Tikar Piknik. Simple & Cantik. Kreatifnya! KELUARGA. https://www.keluarga.my/usah-buang-kotak-terpakai-diy-jadikan-hiasan-dinding-alas-solat-atau-tikar-piknik-simple-cantik-kreatifnya/

Guo, X., Yao, S., Wang, Q., Zhao, H., Zhao, Y., Zeng, F., Huo, L., Xing, H., Jiang, Y., & Lv, Y. (2022). The impact of packaging recyclable ability on environment: Case and scenario analysis of polypropylene express boxes and corrugated cartons. Science of the Total Environment, 153650. https://doi.org/10.1016/j.scitotenv.2022.153650

Lias, H., Ismail, A. R., & Hamid, H. A. (2020). Malaysia Textile Craft Industry: Innovation Inspired by Bamboo for Batik Block Contemporary Design. IOP Conference Series: Earth and Environmental Science, 549, 012087. https://doi.org/10.1088/1755-1315/549/1/012087

Poon, S. T. F. (2017). The Journey to Revival: Thriving Revolutionary Batik Design and Its Potential in Contemporary Lifestyle and Fashion. International Journal of History and Cultural Studies, 3(1), 48–59. https://doi.org/10.20431/2454-7654.0301006

Priyanto, D. (2018). Kritik Holistik: Ekspresionisme Dalam Karya Batik Abstrak Pandono. Ornamen, 15(1). https://doi.org/10.33153/ornamen.v15i1.2471

Sedjati, D. P., & Suhartanto, A. (2020). Tepung Makanan Sebagai Alternatif Perintang Dalam Penciptaan Karya Seni Tekstil. Corak, 9(1), 87–100. https://doi.org/10.24821/corak.v9i1.3573

Zhang, C. (2019, October 1). Research on 3D Variable Design of Corrugated Box Based on SolidWorks. IEEE Xplore. https://doi.org/10.1109/AIAM48774.2019.00122


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.