KAJIAN TERHADAP SENI PIKSEL KALIGRAFI ARAB-MELAYU MENGGUNAKAN KAYU KITAR SEMULA

Mohd Aliff Izuan Bebit, Suzlee Ibrahim, Iqbal Jaapar, Amir Nor Azan Samar, Muhammad Firdaus Amairudin

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk menerokai potensi penggunaan kayu kitar semula untuk mencipta piksel bagi menghasilkan seni berbentuk tiga dimensi sebagai karya kaligrafi. Tulisan Jawi dalam erti lain merujuk kepada sistem tulisan yang digunakan untuk menulis Bahasa Melayu menggunakan huruf-huruf dari Arab. Kaligrafi Arab-Melayu adalah bentuk seni tulisan yang menggabungkan unsur-unsur seni kaligrafi Arab dengan elemen-elemen Seni Melayu. Tulisan Arab telah wujud sejak pemerintahan kesultanan Melaka semasa penyebaran Islam oleh pedagang-pedagang Arab. Tulisan Jawi Melayu tidak sama dengan tulisan Arab kerana tulisan Jawi hanya digunakan khusus untuk menulis perkataan dalam Bahasa Melayu. Pada era kini, kaedah mencipta seni kaligrafi atau Seni Khat telah mengalami beberapa perubahan bukan hanya dalam kaedah ukiran, tetapi dalam digital teknologi. Mempelbagaikan kaedah dan teknik dalam penghasilan seni kaligrafi Jawi memberi impak estetik dalam dunia seni kontemporari. Idea dalam kajian ini adalah untuk menerokai potensi elemen kolaj membentuk seni piksel menggunakan bahan kayu terbuang untuk membentuk tulisan Jawi. Dengan kaedah ini akan memberi gaya baru terhadap seni ukiran kayu khususnya ukiran seni kaligrafi. Seni kolaj daripada kayu terbuang membentuk piksel boleh menjadi trend baru dalam pengayaan dalam era teknologi kini. Seni piksel kaligrafi Arab -Melayu dapat menarik minat kepada generasi baru menjiwai Seni Islam. ini akan memberi kesan positif terhadap Pendidikan seni dalam tulisan Jawi dan seni arca kayu. Seterusnya memperluaskan elemen Kaligrafi Melayu ke seni Kontemporari

Full Text:

PDF

References


Anne D’Alleva, (2005). Methods and Theories of Art History, London: Laurence King Publishing. Amin Gulgee, (2002): Retrieved December 11. 2008 from: www.amingulgee.com

Baharudin Mohd Arus, (1996). Catalogue “Pameran Seni Arca Kontemporari Malaysia,Kuala LumpurNational Art Gallery. Cal, S. (1991). Language and Typography. Hoboken, New Jersey: John Wiley & Sons Inc

D’zul Haimi Md Zain. 2003. Seni Islam. Kuala Lumpur: Univision Press Sdn. Bhd

Dolores D. Wharton (1971). Contemporary Artist of Malaysia, Union Cultural Organization Sdn. Bhd.

Ghazali Darussalam, (2001)Sumbangan Sarjana dalam tamadun Islam.. Kuala Lumpur. Utusan Publication and Distributors.

Jack Burnham, (1968). Beyond Modern Sculpture, United States of America: Allen Lane The Penguin Press.

Khatijah Sanusi. (1999). Semurni. Shah Alam: Unit Percetakan ITM.

Maria Tintun. S.N., (2013). Seni Pixel, FSR ISI , Yogyakarta.

Nik Mohamed Affandi Nik Yusoff. 2001. Islam And Wealth. Selangor Darul Ehsan: Pelanduk Publications (M) Sdn.Bhd

Pixel art.N.d( Accessed 1/8/2023).https: //en. Wikipedia.org/wiki/pixel_art Robert, B. (2002). The Elements of Typographic Style. Vancouver, Canada: Hartley & Marks Publishers

Samuelson. Gustav,(2020) Pixel Art- The Medium of Limitation. UMEA University.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.