AMALAN-AMALAN ADAT DI PORT DICKSON

Mohd Rosli Saludin, Mohd Nasir Saludin, Fazurah Mustaffa

Abstract


Kajian ini adalah tentang amalan-amalan adat di Port Dickson yang menggunakan teori Tekdealisme yang dijana oleh Mana Sikana. Teori ini mempunyai prinsip kehadiran, perlanggaran, pengukuhan dan keunggulan. Dapatan kajian mendapati Port Dickson adalah sebuah tempat yang pernah didiami oleh orang asal dan kemudian datang orang Minangkabau, orang Rawa, orang Siak, Orang Riau dan juga orang Bugis. Zaman kedatangan Inggeris pula telah datang orang Cina dan juga India. Keadaan ini menjadikan Port Dickson ini unik dan pelbagai. Tambahan pada masa lalu Port Dickson kaya dengan minyak, bijih timah dan juga laluan perdagangan. Setiap etnik menonjol di Port Dickson dan kemudian dikuasai oleh orang Bugis dan juga Cina. Etnik lain juga bergerak di Port Dickson tetapi tidak serancak pada zaman awal. Orang Cina pula menonjol ketika penjajahan orang Inggeris. Jadi keunggulan Port Dickson ini adalah pelbagai dan tidak tertakluk kepada Adat Perpatih yang diamalkan. Ia banyak berteras kepada Adat Melayu di Negeri Sembilan. Dalam pada itu, ia juga terkait dengan perjalanan adat di seluruh Negeri Sembilan. Kajian ini sangat berguna kepada semua pihak yang hendak memahami tentang perjalanan amalan-amalan adat di Port Dickson.

Keywords


Amalan-Amalan, Adat, Port Dickson

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.