SYAIR CENDAWAN PUTEH ADANYA: SATU PENETAPAN SEBAGAI GENRE PANJI

Rosnani Ibrahim, Shaiful Bahri Md. Radzi

Abstract


Kajian ini membincangkan Syair Cendawan Puteh Adanya dengan tumpuan khusus ke atas penetapan klasifikasi genre karya ini. Berobjektifkan kritikan, kajian ini bertujuan menyanggah dan mencadangkan klasifikasi sebenar karya ini memandangkan wujudnya pelbagai pandangan berbeza dalam kalangan sarjana sebelumnya. Data kajian berfokus ke atas Syair Cendawan Puteh Adanya yang merupakan teks jawi tulisan tangan bercetak tersimpan di Koleksi Asia Tenggara, Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia bernombor PL 5178.2 C4 S9. Kajian ini mengaplikasi Model Cerita Panji Harun Mat Piah untuk menentukan status klasifikasi genre sebenar karya ini. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa Syair Cendawan Puteh Adanya dapat diklasifikasikan dan dikelompokkan sebagai genre cerita panji memandangkan karya ini adalah cerita panji berbentuk syair kerana gubahannya beracuankan cerita panji yang sarat dengan mesej kejawaan. Unsur-unsur Jawa ini begitu dominan dalam karya syair ini dan ia membuktikan bahawa karya ini sememangnya sebuah karya syair hikayat panji yang asalnya dari Jawa. Binaan cerita yang memperlihatkan betapa kuatnya unsur Jawa ini meliputi aspek penamaan watak-wataknya dan latar tempat yang diterapkan pengarang dalam menggubah karya ini. Kajian ini dapat memberi sumbangan iaitu menambahkan khazanah karya kesusasteraan dan membantu mengetengahkan kepada khalayak untuk menjadi bahan bacaan. Ia juga secara tidak langsung sebagai satu usaha untuk melestarikan warisan budaya bangsa.

Keywords


Kata kunci: syair, unsur Jawa, cerita panji, syair hikayat

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.