PENERIMAAN MASYARAKAT NON MUSLIM TERHADAP AKTIVITI DAKWAH ISLAMIYYAH: KAJIAN DI NEGERI MELAKA

Muhammad Hilmi Mat Johar, Ahmad Faqih Ibrahim, Adam Badhrulhisham, Md Fahami Shukri Dzul Karnain, Khairul Azhar Meerangani

Abstract


Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada masyarakat pelbagai etnik dan agama bernaung di bawah satu entiti yang sama. Namun begitu, Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan kedudukan yang istimewa kepada bangsa Melayu dan agama Islam sebagai manifestasi kontrak sosial yang telah dipersetujui sekian lama. Kontroversi timbul berhubung tindakan beberapa organisasi dakwah yang menyebarkan ajaran Islam terhadap warga bukan Islam di Malaysia. Sebahagian pihak melihat tindakan ini sebagai bertentangan dengan Perkara 3(1) dan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan hak kebebasan beragama terhadap setiap warga. Pihak yang lain pula mendakwa ruang untuk berdakwah terhadap warga bukan Islam sememangnya wujud dalam perlembagaan di samping merealisasikan tuntutan maqasid syariah iaitu hifz al-din. Justeru, kajian ini bertujuan mengenalpasti penerimaan masyarakat non Muslim di Melaka terhadap aktiviti dakwah Islamiyyah. Kajian dijalankan secara kuantitatif menggunakan reka bentuk tinjauan. Set soal selidik diedarkan secara online (google form) kepada 315 responden di Melaka, dan seterusnya dianalisis menerusi perisian SPSS. Dapatan kajian merumuskan majoriti responden mempunyai pengetahuan asas berkaitan Islam iaitu kedudukan Allah sebagai tuhan (m=4.31), peranan Nabi Muhammad (m=3.82) dan al-Quran sebagai sumber rujukan (m=3.89). Namun, beberapa persepsi dilihat masih lagi melatari masyarakat non Muslim, iaitu Islam agama ekslusif kaum Melayu (m=3.62), Islam agama warisan tradisi masyarakat Arab (m=2.85), minat mengetahui agama Islam (m=2.93), tidak selesa berbincang mengenai agama (m=3.87), desakan dakwah oleh pendakwah Muslim (m=2.62) serta aktiviti dakwah bertentangan prinsip kebebasan beragama (m=2.94). Secara umumnya, usaha dakwah Islam yang dilakukan oleh beberapa organisasi dakwah terhadap masyarakat awam pada dasarnya ditanggapi secara harmoni oleh komuniti non Muslim di Melaka. Namun begitu, pemantauan yang berterusan terhadap gerak kerja yang dilakukan juga penting bagi meraikan realiti kemajmukan yang wujud di Malaysia seterusnya mengekalkan keharmonian masyarakat yang telah terbina sejak lama.


Keywords


Kemajmukan, Dakwah, Non Muslim, Islam, Toleransi

Full Text:

PDF

References


Abdul Aziz Bari. (1999). Murtad dalam Konteks Kebebasan Beragama di Malaysia. Malaysian Journal of Law and Society, Vol. 3.

Abdul Aziz Bari. (2006). Islam dalam Perlembagaan Malaysia. Petaling Jaya: Intel Multimedia & Publication.

Abi Ja´far bin Jarir al-Tabari. (t.t). Tarikh al-Rusul wa al-Muluk al-Ma´ruf. Qahirah: Dar al-Ma´arif.

Abu Dardaa Mohamad, Mohamad Zulkifli Abdul Ghani, Anuar Puteh, Mohd Shahrul Nizam Mohd Saron, Razaleigh Muhamat @ Kawangit, Abdul Ghafar Don dan Ahmad Irdha Mokhtar. (2014). Cabaran Dakwah Islamiah dan Masalah Perapi di Sarawak. Makalah, Seminar Antarabangsa Dakwah & Etnik 2014, Pusat Kajian Dakwah Orang Asli dan Pribumi, UKM.

Hamid Allah al-Haydar Abadi. (2010). Majmu´ah al-Watha’iq al-Siyasiyyah li al-‘Ahd al-Nabawi wa al-Khilafah al-Rasyidah. ‘Amman: Dar al-Nafa’is.

Ibrahim bin Musa al-Syatibi. (2006). Al-Muwafaqat fi Usul al-Syari’ah. Qahirah: Dar al-Hadis.

Ism?´il bin ´Umar bin Kathir. (1997). Tafsir al-Qur’an al-Azim. Riyad: Dar al-Tayyibah.

Khadijah Mohd Hambali dan Mohd Herzali Mohd Haled. (2008). Toleransi Beragama dan Amalannya di Malaysia: Rujukan kepada Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Jurnal Usuluddin, Vol. 27.

Khadijah Mohd Khambali. (2008) Islam Agama Rahmah dan Toleransi Beragama: Realiti dan Cabaran. Dalam Khadijah Mohd Khambali, Mohamad Kamil Ab. Majid dan Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman (ed.). Isu dan Cabaran Hubungan antara Agama di Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam UM.

Mohd Hisham Mohd Kamal. (2012). Freedom of Religion, Apostasy and Blasphemy in Islam. Dalam Abdul Ghafar Hamid (ed.). Human Rights Law International: Malaysian and Islamic Perspectives. Selangor: Sweet & Maxwell Asia.

Mohd Roslan Mohd Nor. (2011). Religious Tolerance in Malaysia: An Overview. Middle-East Journal of Scientific Research, Vol. 9, No. 1.

Muhamad Abu Zuhrah. (t.t). Usul al-Fiqh. Qahirah: Dar al-Fikr al-‘Arabi.

Muhammad al-Tahir Ibn ‘Asyur. (2007). Maqasid al-Syari’ah al-Islamiyyah. Tunisia: Dar al-Syuhun.

Roslan Mohd. Nor (2011). Hubungan Masyarakat Islam dan Masyarakat Non Muslim dalam Konteks Sejarah Islam. Dalam Abdul Karim Ali dan Rumaizi Ahmad (ed.). Fiqh Masyarakat Non Muslim di Malaysia. Shah Alam: Imtiyaz Multimedia & Publications.

Said Ramadan al-Buti. (t.t). Dawabit al-Maslahah fi al-Syari’ah al-Islamiyyah. Qahirah: Mu’assasah al-Risalah.

Salih bin Husayn al-´Ayid. (2008). Huquq Ghayr al-Muslimin fi Bilad al-Islam. Riyad: Maktabah al-Malik Fahd al-Wataniyyah.

Sayyid Qutb. (1996). Fi Zilalil Quran. Beirut: Dar al-Syuruq.

Syabuddin Gade dan Abdul Ghafar Don. (2015). Model Dakwah: Satu Analisis Teoritikal. ‘Ulum Islamiyyah Journal, Vol. 16.

Yusuf al-Qardawi. (1992). Ghayr al-Muslimin fi al-Mujtama´ al-Islami. Qahirah: Maktabah Wahbah

Ziad Muhammad Ahmidan. (2008). Maqasid al-Syari’ah al-Islamiyyah. Beirut: Muassasah al-Risalah.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.




This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.