TADBIR URUS DALAM PENGURUSAN PEMBIAYAAN HARTA WAKAF PRODUKTIF DI MALAYSIA
Abstract
beberapa tahun kebelakangan ini, dapat dilihat bahawa pemulihan institusi wakaf telah menjadi agenda dalam komuniti Muslim di seluruh dunia termasuklah di Malaysia. Selari dengan usaha pemulihan ini, perhatian kepada keperluan pengurusan dan kecekapan tadbir urus dalam organisasi yang terlibat secara langsung untuk menguruskan harta wakaf menjadi tumpuan. Pengurusan wakaf yang baru dan moden dilihat sebagai satu eleman yang ditekankan dan menjadi fokus selain daripada elemen sumber pembiayaan dalam pembangunan harta wakaf di Malaysia. Persoalannya, adakah tadbir urus pengurusan pembiayaan harta wakaf yang dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia telah mencapai standard kecekapan yang diinginkan? Sejajar dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti prinsip tadbir urus dalam pengurusan sumber manusia menurut perspektif Islam. Kedua, menganalisis nilai kecekapan tadbir urus dalam pengurusan pembiayaan harta wakaf yang dilaksanakan di Malaysia. Data diperolehi melalui temubual separa mendalam bersama pegawai dan pengamal wakaf serta melalui sumber sekunder seperti penulisan, jurnal, artikel dan laman sesawang organisasi yang dikaji. Analisis dilakukan menggunakan analisis kandungan. Akhirnya, dapatan kajian telah menunjukkan bahawa wakaf berperanan dalam meningkatkan fungsi harta secara maksimum sesuai dengan niat murni orang yang telah mewakafkan harta untuk kemaslahatan ummah sejagat. Hasilnya, pasti akan melahirkan pelbagai produk-produk wakaf lain seperti aset-aset, bon-bon dan saham-saham korporat wakaf yang berpotensi untuk pasaran. Melalui kepesatan penambahbaikan elemen intrumen wakaf ini menunjukkan bahawa kecekapan dalam tadbir urus dalam pengurusan pembiayaan harta wakaf telah terserlah.
Keywords
Kecekapan, Tadbir urus, Pengurusan Pembiayaan, Harta Wakaf, Produktif
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.