HUBUNGAN PENGHAYATAN NILAI IHSAN DENGAN PRESTASI KERJA PENSYARAH DI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan penghayatan nilai ihsan dengan prestasi kerja dalam kalangan pensyarah di Kolej Universiti Islam Melaka. Sampel kajian adalah terdiri daripada 70 orang pensyarah yang telah dikaji bagi menjawab borang soal selidik dan data-data kajian yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian komputer Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 20.0. Berdasarkan analisis tersebut, dapatan kajian menunjukkan tahap penghayatan nilai ihsan dalam kalangan pensyarah di Kolej Universiti Islam Melaka adalah pada tahap tinggi. Manakala, bagi dapatan kajian tahap prestasi kerja dalam kalangan pensyarah di Kolej Universiti Islam Melaka mendapati bahawa adalah pada tahap sederhana. Di samping itu, kajian ini mendapati bahawa wujud hubungan yang lemah tetapi signifikan antara penghayatan nilai ihsan dengan prestasi kerja dalam kalangan pensyarah di Kolej Universiti Islam Melaka.
Keywords
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.