KUALITI HADITH DALAM KITAB HIDAYAT AL-MUKHTAR SERTA IMPLIKASI TERHADAP PENYAMPAIAN DAKWAH KEPADA MASYARAKAT
Abstract
Kitab hadith berjudul Hidayat al-Mukhtar yang dikumpul dan disusun oleh al-Imam al-Hafiz al-Mundhiriyy terjemahan Syeikh Wan Hasan bin Wan Ishaq al-Fathani merupakan salah satu karya yang memuatkan perbincangan berkaitan dengan 40 hadith tentang kelebihan menuntut ilmu dan kelebihan ulama. Walaupun kitab ini tidak dinyatakan oleh pengarang sumber dan martabat hadith-hadithnya, namun ia adalah antara kitab-kitab wakaf yang diedarkan oleh pihak syarikat penerbit Khazanah Fathaniyah ke masjid-masjid, surau-surau, pondok-pondok pengajian dan selainnya. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji sumber pengambilan hadith oleh Imam al-Hafiz al-Mundhiriyy dengan menggunakan ilmu takhrij dan juga menganalisis status hadith yang terdapat di dalamnya. Kajian ini adalah kajian kepustakaan di mana setiap hadith dalam kitab tersebut dianalisis satu-persatu berdasarkan kaedah takhrij untuk menentukan sumber-sumber dan hukum hadis. Semua hadith dirujuk berdasarkan daripada kitab-kitab muktabar seperti al-Sunan al-Tiscah, kitab-kitab takhrij dan cUlum Hadith. Data-data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati kitab ini belum pernah dikaji dari setiap segi memandangkan kitab ini telah lama diterbitkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sumber setiap hadith yang ada dalam kitab ini ditemui dalam kitab-kitab hadith yang muktabar dan dapatan kajian mendapati terdapat 2 hadith hasan (5%), 6 hadith dacif (15%), 4 hadith dacif jiddan (10%), 1 hadith matruk (2%), 12 hadith mawduc (30%) dan 15 hadith (38%) yang tidak dapat dikesan. Kajian ini memberi implikasi kepada pengkaji-pengkaji hadith, pendakwah-pendakwah agar lebih berhati-hati dalam memilih kitab-kitab hadith dalam menyampaikan ilmu dan dakwah kepada masyarakat. Kajian ini juga mencadangkan agar pihak institusi agama atau JAKIM mengambil inisiatif untuk memantau setiap kitab-kitab hadith yang dijumpai dalam pengajian di masjid-masjid, surau-surau dan institusi-institusi bagi menjaga kesahihan sumber dan status hadith tersebut.
Keywords
al-Mundhiriyy, Syeikh Wan Hasan al-Fathani, Metodologi, Takh
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.