PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGENDALIAN DAN KEBERSIHAN MAKANAN KAFETERIA: KAJIAN DI UNIVERSITI MELAKA

Khairul Azhar Meerangani, Mohammad Izamzuri Mohd Izzani, Adam Badhrulhisham

Abstract


Perkhidmatan makanan merujuk kepada sesuatu institusi, kedai makan, restoran atau pihak-pihak tertentu yang menawarkan khidmat penghidangan makanan dan minuman yang telah siap untuk dimasak dan dimakan atau minum di premis atau di luar premis. Di kampus, kebiasaannya perkhidmatan makanan di sediakan oleh kafeteria. Kafeteria yang menyediakan perkhidmatan makanan perlu menjaga kualiti perkhidmatan dan sekaligus memastikan kepuasan pelanggan dapat dicapai. Justeru, kajian ini bertujuan menilai persepsi para pelajar terhadap pengendalian dan kebersihan makanan kafeteria di Universiti Melaka. Kajian dijalankan secara kuantitatif menggunakan reka bentuk tinjauan melalui edaran soal selidik terhadap 100 orang pelajar di Universiti Melaka. Dapatan seterusnya dianalisis menggunakan perisian SPSS bagi mendapatkan rumusan berkaitan objektif kajian. Hasil kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap tahap pengendalian dan kebersihan makanan cafeteria di Universiti Melaka berada pada tahap sederhana dan memuaskan. Secara umumnya, para pelajar masih berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengendali makanan cafeteria di Universiti Melaka, namun masih terdapat beberapa aspek yang perlu diberikan perhatian bagi memastikan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan mampu memenuhi kriteria yang ditetapkan. Inisiatif bersesuaian perlu dimainkan oleh pihak berkepentingan, seperti pengendali makanan dan pengurusan Universiti Melaka bagi menjamin persekitaran yang selamat dan sejahtera terhadap para pelajar, terutamanya dalam aspek kawalan jaminan keselamatan makanan.

 


Keywords


Persepsi, Pengendalian, Kebersihan, Makanan, Kafeteria

Full Text:

PDF

References


Adibah Abdul Latif dan Puvaneswari (2010). Persepsi Guru Terhadap Perkhidmatan Makanan Di Kantin Sekolah Kebangsaan Kempas, Johor. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.

Acikel, C.H., Ogur, R.Yaren, H.Gocgeldi, E.Ucar, M. & Kir, T. (2008). The Hygiene Training of Food Handlers at A Teaching Hospital. Food Control 19: 186-190.

Ana, K.C.C, Ângela, M.S.C. Liana, B.G.P, Neide, R.F. Paulo, R.M.A. & Tânia, L.M.S. (2009). Assessment of Personal Hygiene And Practices of Food Handlers in Municipal Public Schools Of Natal, Brazil. Food Control 20: 807-810.

Abdul Wahid Mukhari dan Mazilah Ibrahim. (2011). Persepsi Pengendali-Pengendali Makanan Terhadap Amalan Kebersihan dan Keselamatan di Taman Seri Pulai, Johor. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Johor Malaysia. Journal of Technical, Vocational & Engineering Education, Vol. 2: 1-17.

Azizan Ramli, Mazlin Mokhtar, Tuan Sidek Tuan Muda dan Badhrulhisham Abd Aziz (2016). Pembangunan Industri Halal: Konsep Halalan-Tayyiban dan Pengurusan Keselamatan Industri dalam Kerangka Maqasid al-Shariah. ‘Ulum Islamiyyah Journal 18: 91-114

Buku Panduan Pengendali Makanan. (2016). Edisi Julai 2016. Diterbitkan Oleh National Environment Agency.

Campos, A. K. C., Cardonha, A. M. S., Pinheiro, L. B. G., Ferreira, N. R., Azevedo, P. R. M. & Stamford, T. L. M. (2009). Assessment of Personal Hygiene And Practices of Food Handlers in Municipal Public Schools of Natal, Brazil. Food Control 20: 807-810.

Noor Hisham Abdullah. (2016). Kejadian Keracunan Makanan di Sekolah Seluruh Malaysia. Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.

Ramlee Ahmad. (2006). Garis Panduan Pengurusan Wabak Keracunan Makanan Di Malaysia. Jilid 4. Hak Cipta Kementerian Kesihatan Malaysia. Bahagian Kawalan Penyakit.

Hazwani Kamarudin, Norhidayah Pauzi dan Saadan Man (2022). Penerapan Konsep Halalan Tayyiban ke atas Premis Makanan: Satu Wacana Konseptual. Journal of Fiqhiyyat 3(1): 1-18

Hukil Sino dan Zurina Mahadi (2013). Hubungan di antara Amalan Kebersihan Diri Pengendali Makanan dan Kebersihan Kafetaria di Kolej Kediaman UKM. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia 11 (1) 2013: 1-8.

Jian Pei Kong dan Sameeha Mohd Jamil. (2014). Level Of Satisfaction Among Postgraduate Health Sciences Students On The Cafeteria Facilities In Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur Campus. International Journal of Quality and Service Sciences.

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2014). Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan. Kementerian Kesihatan Malaysia. Pengendalian Makanan yang Selamat.

Kir, T. Ucar, M. Gocgeldi, E. Kilic, S. & Azal, O. (2006). Evaluation of Initial and Periodic Examinations of Food Handlers In Military Facilities. Food Control 17: 165-170.

Labib S., Talal, A. (2010). Knowledge, Attitude and Practice of Taif University Students On Food Poisoning. Food Control 21: 55-60.

Mohd Azlan Abdullah dan Noraziah Ali. (2011). Amalan Pemakanan Dalam Kalangan Pelajar Universiti Dan Implikasinya Terhadap Pembelajaran. Jurnal Personalia Pelajar, Bil 14: 59 - 68.

Mohd Anuar Abdul Rahman dan Asmah Saad. (2011). Pengetahuan dan Pengamalan Sanitasi Makanan di Dewan Makan Asrama Sekolah Menengah di Bandar Alor Gajah. Journal of Technical, Vocational & Engineering Education Vol. 2: 139-153.

Musfirah Syahida Mohamad, Saadan Man dan Mohd Anuar Ramli. (2014). Keselamatan Makanan Menurut Perspektif Islam: Kajian Terhadap Pengambilan Makanan Berisiko. Jurnal Fiqh, No. 12 (2015) 1-28.

Nuzul Akhtar Baharudin dan Siti Noor Affini Hashim. (2016). Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Perkhidmatan Makanan Di Kafetaria Kuis. Proceeding of the 3rd International Conference on Management & Muamalah 2016 (3rd ICoMM). 31st October-1st November 2016.

Nur Ilida Mohamad, Faridah Mohd Som dan Asiah Abu Samah. (2014). Kehadiran Bakteria Campylobacter Dalam Daging Ayam Mentah Serta Kebolehannya Bertahan Pada Suhu Sejuk Beku Dan Sejuk Dingin. Buletin Teknologi MARDI, Bil.6 (2014) 91–9.

Nora Kamal, Mimi Hasim dan Mahmood. (2015). Penilaian Kebersihan Makanan Di Kalangan Pengendali Makanan Di Sekolah Menengah Sains Negeri Johor Malaysia. PERINTIS E-JOURNAL, Vol 5, No 1: 1-21.

Pelajar KUIS Keracunan Makanan. (19 JUN 2019). Berita Harian Online. http://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/06/575685/pelajar-kuis-keracunan-makanan/amp.

Shamsuddin Suhor, Sakina Yusoff, Rahmah Ismail, Azimon Abdul Aziz, Muhammad Rizal Razman dan Kartini Aboo Talib @ Khalid. (2014). Kesihatan Dan Keselamatan Makanan: Kesedaran Pengguna Dan Peruntukan Perundangan.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.