IMPAK PANDEMIK COVID-19 TERHADAP AMALAN SOLAT BERJEMAAH DI MASJID DALAM KALANGAN MASYARAKAT ISLAM DI SIMPANG RENGGAM, JOHOR
Abstract
Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengkaji impak pandemik COVID-19 kepada amalan solat berjemaah di masjid dalam kalangan masyarakat Islam di Simpang Renggam, Johor. Selain itu, kajian ini dilakukan untuk mengetahui kepentingan amalan solat berjemaah di masjid dalam kehidupan harian masyarakat Islam di Simpang Renggam, Johor. Kajian ini melibatkan penduduk di Simpang Renggam tidak kira umur, pendidikan, status dan pekerjaan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah satu set borang soal selidik. Analisis data secara deskriptif dan dilakukan dengan perisisan SPSS. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan solat berjemaah memainkan peranan penting dalam kehidupan sehari-hari terutama impak dari pandemik COVID-19, membawa kesan kepada ketua keluarga untuk menjalankan tanggungjawab. Di samping itu, hasil kajian mendapati wujud hubungan signifikan antara amalan solat berjemaah dengan garis panduan solat berjemaah di masjid semasa pandemik COVID-19.
Keywords
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.