HUBUNGAN MOTIVASI DAN KESEDIAAN E-PEMBELAJARAN TERHADAP PENGGUNAAN DELIMA 2.0 DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH

Abdul Said Ambotang, Fandi Ibrahim, Hairuddin Yakup

Abstract


Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan motivasi dan kesediaan e-pembelajaran terhadap penggunaan DELIMa 2.0 dalam kalangan murid tahun enam sekolah rendah di daerah Tawau, Sabah. DELIMa, adalah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyokong pembelajaran maya, tetapi masih kurang digunakan secara meluas. Hasil kajian menunjukkan tahap penggunaan DELIMa 2.0 adalah tinggi (min=3.79), tanpa perbezaan signifikan berdasarkan jantina atau tempoh penggunaan. Analisis korelasi Pearson mendedahkan hubungan positif yang kuat antara motivasi murid dengan penggunaan DELIMa 2.0 (r=0.781, p<0.001), manakala hubungan antara kesediaan e-pembelajaran dengan penggunaan DELIMa 2.0 adalah lemah tetapi signifikan (r=0.495, p<0.001). Dapatan ini menekankan kepentingan motivasi murid dan penyediaan kemudahan e-pembelajaran dalam meningkatkan penggunaan DELIMa 2.0. Kajian ini memberi implikasi kepada keperluan meningkatkan motivasi dan kesediaan e-pembelajaran murid untuk memaksimumkan penggunaan platform tersebut, serta memberi input kepada pihak berkepentingan untuk menggalakkan penglibatan murid dalam pembelajaran digital melalui pengukuhan motivasi dan persekitaran e-pembelajaran yang kondusif.

Keywords


Motivasi, Kesediaan e-pembelajaran, penggunaan DELIMa 2.0

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.