ANALISIS STILISTIK DALAM NOVEL EMPAYAR: HIKAYAT PUTERA TANPA NAMA
Abstract
Kajian ini menekuni aspek stilistik yang terkandung dalam novel Empayar: Hikayat Putera Tanpa Nama.Teori yang digunakan dalam kajian ini ialah Teori Stilistik oleh J.J Webber (1989) yang menggariskan enam prinsip kajian stilistik dan keenam-enam prinsip tersebut akan dijadikan sebagai panduan dalam proses analisis kajian. Kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks merupakan dua kaedah yang diaplikasi dalam kajian ini. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis gaya stilistik yang terdapat dalam karya menggunakan prinsip stilistik J. J Webber (1989). Hasil analisis memperlihatkan keenam-enam prinsip tersebut, iaitu Analisis Prinsip Fonologi, Analisis Prinsip Pemilihan Diksi, Analisis Prinsip Penilaian Pembentukan Ayat atau Struktur Analisis, Analisis Prinsip Kajian Terhadap Makna atau Semantik, Analisis Prinsip Penelitian kepada Unsur-unsur Bahasa Dramatik dan Prinsip Gaya Individualisme. Prinsip stilistik ini amat dominan dan signifikan dalam novel Empayar: Hikayat Putera Tanpa Nama. Penggunaan enam prinsip tersebut mampu menimbulkan keindahan kata dan juga makna serta menunjukkan bahawa elemen bahasa Melayu klasik yang terkandung dalam novel ini juga sememangnya mampu menonjolkan sebuah nilai estetika yang sangat tinggi dan mudah dicerna oleh minda pembaca.
Keywords
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.