PENGETAHUAN DAN AMALAN PENGAJARAN GURU DALAM PEMBELAJARAN ABAD KE-21 TERHADAP KEMAHIRAN BERFIKIR MURID: SATU KAJIAN KES
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meneroka pengetahuan dan amalan pengajaran guru dalam pelaksanaan aktiviti pembelajaran abad ke-21 terhadap kemahiran berfikir murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Negeri Melaka. Kajian ini adalah kajian berbentuk kualitatif yang menggunakan kajian kes sebagai reka bentuk kajian. Populasi kajian melibatkan guru-guru yang mengajar murid tahap satu bagi mata pelajaran teras di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan pemilihan sampel pula dibuat secara pensampelanbertujuan, iaitu seramai tiga orang yang mewakili setiap daerah di Negeri Melaka. Instrumen kajian yang digunakan adalah protokol temu bual yang mengandungi tiga soalan berstruktur dan dibuat secara tematik dengan menggunakan kaedah manual dalam proses
analisis data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat dua tema yang ditemukan daripada ketiga-tiga peserta kajian, iaitu pembelajaran berpusatkan murid dan ciri-ciri guru abad ke-21. Konstruk amalan pengajaran guru pula, enam tema ditemukan, iaitu masa, komunikasi, ganjaran, persediaan mengajar, bahan bantu mengajar dan aras pengajaran bagi konstruk pembelajaran abad ke-21, dan konstruk cara menerapkan kemahiran berfikir murid pula, lima tema yang ditemukan seperti aktiviti abad ke-21, aktiviti penyelesaian masalah, teknik menyoal, aktiviti berkumpulan dan penggunaan alat berfikir. Perbincangan kajian menyentuh kepada tugas dan tanggungjawab seseorang guru yang perlu sentiasa mengemaskini pengetahuan dan amalan pengajaran mereka agar dapat menerapkan kemahiran berfikir murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Kajian ini tertumpu kepada guru-guru yang berperanan penting untuk mewujudkan kemahiran berfikir murid kerana ia merupakan salah satu elemen dalam pembelajaran abad ke-21 yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Keywords
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.