AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK MENINGKATKAN PERKEMBANGAN PSIKOMOTOR KANAK-KANAK

Masitah Musa, Sarah Aleszadatul Arissa Samsi, Nurul Shafiqah Rahmathullah, Siti Nur Nadirah Ibrahim, Fazlina Haji Ismail

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk mengkaji amalan pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran psikomotor kanak-kanak. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti amalan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru dalam usaha memperkembangkan kemahiran psikomotor kanak-kanak di tadika swasta. Reka bentuk kajian yang dijalankan melibatkan kaedah kuantitatif dengan mengedarkan soal selidik dalam bentuk "google form". Soal selidik mengandungi 3 bahagian iaitu bahagian A mengenai demografi responden, bahagian B berkaitan tahap pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan guru bagi perkembangkan kemahiran psikomotor kanak-kanak. Pemilihan responden kajian dilakukan secara sampel rawak mudah melibatkan 113 orang guru tadika swasta di daerah Petaling, Selangor. Data kajian dianalisis secara statistik deskriptif melibatkan nilai kekerapan, min, peratusan dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan guru tadika dalam melaksanakan pembelajaran menggunakan tunjang fizikal dan estetika adalah tinggi. Maka, untuk meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran guru dalam perkembangan psikomotor kanak-kanak adalah dengan meningkatkan kemahiran guru dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan melalui bahan bantu mengajar yang efektif. Oleh itu, setiap guru hendaklah memahami peranan dan tanggungjawab tersendiri kerana peranan dan tanggungjawab guru memberi impak yang besar dan mendalam kepada setiap kanak-kanak.

Keywords


Psikomotor, Pembelajaran, Perkembangan, Guru Tadika

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.