HUBUNGAN TAHAP KEKERAPAN PENGGUNAAN PERANTI TEKNOLOGI DIGITAL DI KALANGAN KANAK-KANAK DENGAN DEMOGRAFI IBU BAPA
Abstract
Penularan gelombang penggunaan peranti teknologi digital bermula dalam kehidupan awal kanak-kanak dilihat sebagai suatu norma kebiasaan pada zaman kini. Penggunaan peralatan ini dalam rutin harian kanak-kanak menjadi suatu kebiasaan dan menjadi trend kini ibu bapa memperkenalkan penggunaannya bermula sejak awal usia pertumbuhan mereka. Justeru, kajian tinjauan ini dijalankan bagi mengenal pasti hubungan tahap kekerapan penggunaan peranti teknologi digital di kalangan kanak -kanak berusia dua hingga enam tahun dengan demografi ibu bapa. Objektif dalam kajian ini ialah mengkaji hubungan tahap kekerapan penggunaan peranti teknologi digital oleh kanak-kanak dengan umur ibu bapa, pekerjaan ibu bapa dan umur kanak-kanak. Kajian ini dijalankan ke atas 225 orang ibu bapa melalui persampelan rawak mudah yang mempunyai anak yang berumur antara dua hingga enam tahun di sekitar negeri Melaka. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 26.0. Dapatan kajian mendapati tahap kekerapan penggunaan peranti teknologi digital oleh kanak-kanak mempunyai hubungan yang signifikan dengan umur dan pekerjaan ibu bapa serta umur kanak-kanak. Hal ini membuktikan kepada kajian bahawa kehidupan ibu bapa kini mempunyai kaitan rapat dengan kekerapan penggunaan peranti teknologi digital oleh kanak-kanak. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting bagi memastikan usaha kawalan penggunaan peranti teknologi digital terhadap kanak-kanak berlaku dalam keadaan yang terkawal dan seimbang.
Keywords
peranti teknologi digital, kanak-kanak, ibu bapa
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.