HUBUNGAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI INTERPERSONAL PENSYARAH DENGAN EFIKASI KENDIRI PELAJAR
Abstract
Efikasi kendiri memainkan peranan penting dalam membangunkan sektor pendidikan yang berkualiti dan berdaya saing. Pensyarah yang menjadi tunjang utama dalam sistem pendidikan di negara ini bukan sahaja perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang luas dalam bidang ilmu yang disampaikan, malah perlu mempunyai aspek dalaman yang kukuh seiring dengan transformasi pendidikan masa kini. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mencari hubungan kemahiran komunikasi interpersonal pensyarah dengan efikasi kendiri pelajar Universiti Melaka. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian dan melibatkan 143 orang responden yang terdiri daripada pelajar semester pertama Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak. Hasil kajian menunjukkan nilai min kemahiran komunikasi interpersonal pensyarah secara lisan (.52) dan bukan lisan (.50) serta efikasi kendiri pelajar (.58) berada di tahap yang tinggi. Analisis korelasi Pearson menunjukkan kemahiran interpersonal pensyarah mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan efikasi kendiri pelajar (r=.62, p<.001). Dapatan kajian ini membuktikan bahawa kemahiran komunikasi interpersonal boleh mempengaruhi keyakinan diri kerana pensyarah merupakan suri teladan kepada pelajar dalam membina identiti diri di samping membentuk perkembangan kognitif, emosi dan tingkah laku yang baik.
Keywords
Full Text:
PDFReferences
Barmaki, R., and Hughes, C. E. (2018). Embodiment analytics of practicing teachers in a virtual immersive environment. Journal of Computer Assisted Learning. Vol. 34(4):387-396. https://doi.org/10.1111/jcal.12268
Gay, L. R., and Mills, G. E. Airasian (2012). Educational Research: Competencies Analysis And Applications (10th ed). Pearson.
Hair, J. F., Black, W. C., Babin, B. J., and Anderson, R. E. (2010). Multivariate data analysis. Prentice Hall (7th ed.). Englewood Cliffs
Khalip Musa dan Hariza Ab. Halim (2015). Kemahiran Interpersonal Guru dan Hubungan dengan Pencapaian Akademik Pelajar (Interpersonal Teacher Skill and It’s Relationship with Students’ Academic Achievement) Jurnal Pendidikan Malaysia 40(2)(2015): 89-99.
Lim Chong Hin. (2007). Penyelidikan Pendidikan: Pendekatan Kuantiatif dan Kualitatif. Selangor: McGraw- Hill (Malaysia).
Nunnally, J. (1978). C. (1978). Psychometric theory. New York: Mc Graw Hill
Pallant, J. (2011). Survival Manual. A Step By Step Guide To Data Analysis Using SPSS (4th ed.) Crows Nest, New South Wales, Australia: Allen dan Unwin
Reush, J. (1957). Technology and Social Comunication in Communication Theory and Research. L. Thayer (ed). Springfiel, III Thymos.
Rosenblatt, S. B. (1983). Communcation in Bussiness. Dicapai pada 3 Mac 2012 dari http://www.scribd.com/doc/51165908/Definisi-Komunikasi.
Sarkar, M., dan Mohanty, D. A. (2021). Role of kinesics in a virtual classroom: A study on the perception of engineering students. Wutan Huatan Jisuan Jishu, XVII (1), 517-529. http://www.wthtjsjs.cn/gallery/46-whjj-jan-5692.pdf
Siti Nasrah Mukhtar dan Nor Syahadataini Awang (2021). Hubungan Kemahiran Komunikasi Interpersonal Pensyarah Dengan Tahap Motivasi Pelajar: Kajian Di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Psmza. International Journal Of Law, Government And Communication (IJLGC) Volume 6 Issue 22 (March 2021) PP. 227-237 DOI 10.35631/IJLGC.6220022
Sulaiman, et. al., (2002). Komunikasi dalam Pengajaran dan Kepimpinan Pendidikan. Kuala Lumpur: Karisma Publications Sdn Bhd.
Tay Meng Guat (2013) Komunikasi Interpersonal Dalam Kalangan Pelajar Institut Pendidikan Guru Semasa Praktikum Jurnal Penyelidikan IPG KBL, Jilid 11, 2013.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.