PAKEJ GAMBAR LAKARAN TUAH

Assalamualaikum / Salam Sejahtera

Graduan UNIMEL,

Pakej gambar istiadat konvokesyen Universiti Melaka (UNIMEL) 2022.

Kami Lakaran Tuah Sdn. Bhd (LTSB) adalah jurufoto rasmi yang dilantik bagi Istiadat Konvokesyen ke 23, Universiti Melaka (UNIMEL), kami menyediakan perkhidmatan jurugambar pentas dan studio sepanjang istiadat konvokesyen berlangsung.

 

Gambar Pentas

Pakej gambar pentas adalah pakej asas kepada semua graduan dimana graduan akan menerima 3 keping gambar dari tiga sudut berbeza semasa diatas pentas. 3 keping gambar adalah bagi saiz:-

  • 1 keping gambar berukuran 11R
  • 1 keping gambar berukuran 8R
  • 1 keping gambar berukuran 5R

Kos Penghantaran gambar juga telah termasuk didalam pekej ini. Harga bagi pakej Asas ini adalah RM 50.00.

 

Gambar Studio

Pakej gambar studio adalah pakej tambahan dan pilihan kepada graduan bagi mengabadikan detik Bahagia dan menghargai kejayaan diri bersama keluarga dan insan-insan yang disayangi. Pakej ini disediakan dalam pelbagai pakej yang menarik. Pakej-pakej ini boleh di lihat di dalam pautan atau link yang di sediakan.

 

Cara tempahan gambar Istiadat Konvokesyen UNIMEL 2022.

  1. Graduan dikehendaki membuat pendaftaran maklumat diri di dalam link yang disediakan.
  2. Graduan WAJIB membuat pendaftaran walaupun TIDAK BERMINAT untuk membuat sebarang pembelian gambar.
  3. Graduan wajib melengkapkan maklumat dengan betul dan tepat bagi mengelakkan sebarang masalah semasa proses cetakkan dan penghantaran gambar.
  4. Graduan dikehendaki memasukan no giliran pentas/ membuat pendaftaran (ke dalam link/ scan QR Code pada no giliran pentas) yang akan di berikan oleh pertugas LTSB semasa turun dari pentas istiadat konvokesyen.
  5. Tempahan gambar boleh di buat di https://www.fotokonvo.com.my/index.html?27YNCK

 

Kerjasama dan perhatian dari graduan UNIMEL adalah amat kami hargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

 

Sebarang pertanyaanberkaitan dengan gambar istiadat konvokesyen boleh hubungi:

 

Lakaran Tuah Sdn. Bhd : +60162008903/ 0122178813

Koperasi KUIM Berhad : +6 0126664240

 

  • Last Modified: Monday 27 November 2023.