Pakaian Ibubapa/Tetamu

PAKAIAN IBUBAPA / TETAMU

Tetamu yang hadir ke Majlis Konvokesyen diwajibkan mematuhi peraturan berpakaian yang ditetapkan seperti berikut:

  • LELAKI

          Berpakaian kemas, baju kebangsaan atau lounge suit serta bertali leher atau pakaian istiadat.

  • PEREMPUAN

          Berpakaian kemas (baju berlengan panjang dan labuh pada paras buku lali tanpa belah) dan tidak menutup muka atau pakaian istiadat.

  • Kasut:

        Kasut formal bertutup berwarna HITAM yang menutupi bahagian depan dan belakang kaki (selipar, capal dan kasut sukan tidak dibenarkan).

 

PERINGATAN:

  • Tetamu diminta bekerjasama mematuhi peraturan berpakaian yang telah disebutkan di atas. Kegagalan mematuhi peraturan tersebut akan menyebabkan graduan dan tetamu dilarang dari memasuki dewan untuk menghadiri Majlis Konvokesyen.

  • Tetamu digalakkan bersarapan pagi/makan tengahari sebelum acara bermula. 

  • Tetamu digalakkan membawa pakaian yang bersesuaian untuk mengelakkan kesejukan di dalam dewan.

  • Last Modified: Thursday 31 March 2022.

Kekal berhubung :