PERLAKSANAAN MAQASID SYARIAH DAN MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN (SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOALS - SDG) DALAM PENGURUSAN ZAKAT DI MELAKA

Rozita Baba, Rahisam Ramli

Abstract


Zakat dijelaskan di dalam Al-Quran secara umum dan tidak secara terperinci. Walau bagaimanapun dalam aspek agihan zakat, Al-Quran menyatakan dengan jelas zakat perlu diagihkan kepada lapan asnaf. Pelbagai kaedah dan pendekatan yang digunakan bagi memastikan pengurusan agihan zakat berjalan dengan lancar termasuk agihan zakat yang efisien. Bagi memastikan kelangsungan institusi zakat pada masa kini, pendekatan maqasid syariah dan Matlamat Pembangunan Mampan - Sustainable Development Goal (SDG) dilihat pendekatan terbaik yang boleh dilaksanakan. Justeru itu, objektif kajian ini akan membincangkan secara umum konsep maqasid syariah dan SDG. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan kaedah dokumentasi dan pemerhatian. Hasil kajian mendapati bahawa pendekatan maqasid syariah dan SDG boleh dijadikan asas atau panduan kepada institusi zakat. Kajian ini mendapati bahawa secara umumnya skim pengagihan zakat yang dijalankan oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mematuhi maqasid syariah dan selari dengan SDG. Skim bantuan yang disediakan oleh MAIM telah mencapai tujuh (7) sasaran pembangunan SDGs iaitu SDG 1, 2, 3, 4, 8, 11 dan 17. Kajian lanjutan boleh dilaksanakan dengan melakukan semakan dan penelitian terhadap pengurusan zakat di negeri-negeri di Malaysia termasuk skim agihan zakat berdasarkan pendekatan maqasid syariah dan SDG.

Keywords


Maqasid Syariah; SDG; Pengurusan; Agihan Zakat

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2025 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.