PENGGUNAAN CANDi DALAM AKTIVITI CORAK DAN REKAAN PENDIDIKAN SENI VISUAL DI SEKOLAH RENDAH

Muhammad Khairullah Muhammad Marzidi

Abstract


Kajian ini menilai keberkesanan CANDi, sebuah aplikasi digital yang direka khusus untuk membantu murid sekolah rendah dalam mempelajari dan menghasilkan corak serta rekaan secara interaktif. Ini bertujuan untuk mempermudahkan penghasilan corak terancang, simetri, dan bertimbal dengan memanfaatkan teknologi digital. Pelaksanaan aplikasi ini melibatkan enam murid yang terdiri daripada Tahun 4 hingga Tahun 6, di mana dapatan kajian menunjukkan peningkatan yang ketara dalam aspek pemahaman seni visual, kreativiti, pembelajaran aktif, dan kemahiran teknologi. Hasil analisis mendapati bahawa murid mampu menghasilkan corak yang lebih kompleks dan kreatif berbanding kaedah manual, sekali gus meningkatkan motivasi serta penglibatan mereka dalam pembelajaran. Selain daripada kemajuan dalam hasil seni visual, penggunaan CANDi juga meningkatkan kemahiran teknologi murid, membolehkan mereka bereksperimen dengan pelbagai fungsi digital untuk menghasilkan corak sofistikated. Murid menikmati kebebasan mencipta rekaan tanpa sekatan alat fizikal dan menunjukkan peningkatan keyakinan dalam menghasilkan karya. samping itu, aplikasi ini memupuk kerja berpasukan dan komunikasi melalui proses kolaboratif, terutamanya Dalam kalangan murid Tahun 5 dan 6, kajian ini merumuskan bahawa CANDi berpotensi besar dalam memperkasa pembelajaran seni visual dan memberikan nilai tambah melalui integrasi teknologi dalam pendidikan masa kini.


Full Text:

PDF

References


Alter, F., Hays, T., & O’Hara, R. (2009). The challenges of implementing visual arts education in primary schools: Art or arts?. International Journal of Education & the Arts, 10(9), 1-22.

Brown, T. (2009). Change by design: How design thinking creates new alternatives for business and society.Harper Business.

Cikgu Aime. (2021). Digital Dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Malaya Heroes. https://www.cikguaime.com/2021/07/-digital-dalam-pdp.html.

Cikgu Nor. (2024). Kepentingan pembelajaran digital dalam pendidikan murid-murid sekolah rendah. https://www.cikgunorainiothman.com/2024/01/kepentingan-pembelajaran-digital-dalam.html.

Eisner, E. W. (2002). The arts and the creation of mind. Yale University Press.

Fadhlina Sidek. (2024). Transformasi Sistem Pendidikan Negara. https://www.moe.gov.my/

Gude, O. (2007). Principles of possibility: Considerations for a 21st-century art & culture curriculum. Art Education, 60(1), 6-17.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Marshall, J. (2014). Transdisciplinary teaching and learning in the arts. International Journal of Education & the Arts, 15(8), 1-21.

McArthur, D., & Bostedo-Conway, K. (2012). Digital tools in art education: Moving from art appreciation to art creation. Arts Education Policy Review, 113(4), 166-174.

Ministry of Education Malaysia. (2024). My Robotic Challenge 2024. https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/myrc-2024.

Ministry of Education Malaysia. (2024). Dasar Pendidikan Digital (DPD). https://www.moe.gov.my/.

Pandai. (2024). Dasar Pendidikan Digital Sebagai Transformasi Pelajar Fasih Digital. https://blog.pandai.org/dasar-pendidikan-digital/.

Sutera, A. (2019). Aplikasi Google dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan. Penerbit Unimap. https://penerbit.unimap.edu.my/images/pdf/Sutera%202019/139-152.pdf.

Wong, T. S. (2022). Kajian Tentang Kesan Pendigitalan Terhadap Pembelajaran Seni Visual. Malaysian Journal of Arts Education, 20(1), 73-88.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.