TINJAUAN AWAL PRA PILIHAN RAYA UMUM (PRU) KE-15 PENGUNDI DI KAWASAN PARLIMEN TAMPIN.

Abd Aziz A’zmi, Siti Haziqah Shaban, Farrah Wahida Mustafar, Norizan Mohd Noh

Abstract


Tinjauan ini dijalankan bertujuan meninjau persepsi awal pra pilihan raya umum ke-15 masyarakat di kawasan P.133 Parlimen Tampin. Kajian ini menggunakan persampelan bertujuan dan melibatkan seramai 500 orang responden dari setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berada dalam kawasan Parlimen Tampin. Kajian kuantitatif berbentuk deskriptif ini menggunakan satu set borang soal selidik yang mempunyai sepuluh item bagi mendapatkan data yang jitu dan tepat. Hasil tinjauan menunjukkan, pandangan responden terhadap personaliti dan prestasi ahli parlimen Tampin adalah berada pada tahap sederhana iaitu masing-masing 46.4% dan 44.6%. Seterusnya, Barisan Nasional (BN) adalah merupakan parti pilihan kebanyakan responden dalam PRU-15 iaitu 52.0%. Kebanyakan pengundi mengambil berat soal latar belakang pendidikan calon di kawasan mereka iaitu 65.4%. Seterusnya, keputusan juga mendapati pandangan responden terhadap prestasi Pakatan Harapan (PH) yang menduduki kerusi Parlimen Tampin adalah berada pada tahap sederhana iaitu 44.2%. Dapatan kajian ini dijangka boleh menjadi ramalan awal keputusan PRU ke-15 bagi Parlimen Tampin memandangkan tinjauan dijalankan dalam suasana khabar angin Parlimen hampir dibubarkan. Perbandingan antara dapatan tinjauan awal ini dengan keputusan sebenar PRU-15 kawasan Tampin boleh dilakukan setelah selesai PRU-15.  


Keywords


Parlimen Tampin, pra pilihan raya, Pakatan Harapan, Barisan Nasional.

Full Text:

PDF

References


Asrin Utong. 2020. Sabah Menuju PRN 2020. Iman Research. Diakses pada 20 Januari 2023.

https://imanresearch.com/wp-content/uploads/2020/08/Sabah-Brief-BM.pdf.

Ismail. 21 Februari 2022. Temu bual. Seremban.

Izham Shafie. (2008). Pengantar Statistik. Sintok: Universiti Utara Malaysia.

Jabatan Perangkaan Malaysia. 2022. Statistik Subnasional DUN N.32 Repah. Putrajaya.

Khairil Anwar Mohamad Amin. (2022). Pengundi Lebih Pilih Calon? Sinar Harian. 1 November 2022.

Laman Rasmi Pejabat Pilihan Raya Negeri Sembilan. Peta Pilihan Raya Parlimen Bagi Negeri Sembilan. http://ppn.spr.gov.my/nsembilan/?page_id=111

Lee Kuok Tiung, Rizal Zamani Idris & Rafiq Idris. (2018). Propaganda dan disinformasi: politik persepsi dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) Malaysia. Jurnal Kinabalu Edisi Khas, 171-198.

Mohd Azri Ibrahim & Sity Daud. (2014). Pilihan raya dan tingkah laku pengundi dalam PRU

: kajian kes di Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia. Jurnal Kinabalu, 20, 55-80.

Mohd Zain, Mohd Izani PRN Melaka jadi tempat parti politik beradu kekuatan. in Berita Harian, (9 November 2021), p. 10. (Call Number: 2021/11-059)

Muhammed Fauzi Othman, Muhammad Fuad Othman, Zaheruddin Othman & Jamaludin Mustafa. (2003). Penyertaan politik masyarakat dalam pilihanraya: kajian kes pilihan raya umum ke sepuluh 1999 di negeri Johor. Jurnal Kemanusiaan, 1 (2), 178-199.

Muhammad Rahimi Hassan. (2022). Pilihan pengundi Negeri Sembilan bukan lagi pada lambang parti. Berita Harian. 10 November 2022.

Noor Amira Sukor & Junaidi Awang Besar. (2022). Faktor Sokongan dalam Pilihan Raya di Kawasan DUN Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor. Jurnal Wacana Sarjana. Volume 6(2): 1-14.

Nor Najihah Zafari & Junaidi Awang Besar. (2023). Persepsi pengundi terhadap isu politik di kawasan DUN Muadzam Shah, Rompin, Pahang. Jurnal Wacana Sarjana, 7 (2): 1-14.

Laman OPENDOSM. http://open.dosm.gov.my/ms-MY/data-catalogue/population_dun?state=negeri-sembilan.

Paimah Atoma, Adenan Mat Junoh, Adibah Sulaiman @ Mohamad, Mohd Azmir Mohd Nizah, Khairulneezam Mohd Nor & Mohd Shamsinor Abd Aziz. (2013). Persepsi pengundi terhadap isu yang akan mempengaruhi keputusan PRU-13 di Negeri Sembilan, dlm. Shamsul Amri Baharuddin & Mansor Mohd Noor. PRU 13 Siapa Pilihan Pengundi. Bangi: UKM.

Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan. https://www.ns.gov.my/kerajaan/info-negeri/pengenalan.

Rozimi Nasir. (2016). Kelantan 1977: Politik dan Pergolakan. Kuala Lumpur: ITBM.

Rozmi Ismail. (2014). Psikologi Sosial. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

SPR 2018. http://pru14.spr.gov.my/#!/parliament/5/P.133.

Daftar Pemilih Terkini Sehingga DPT Ogos 2022 Statistik Umur Mengikut DUN.http://sprinfo.spr.gov.my/


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.