BAHASA DAN PEMIKIRAN DALAM DIKIR BARAT

Zul Hanis Yop Othman, Che Ibrahim Salleh

Abstract


Artikel ini membincangkan bahasa dan pemikiran Melayu, secara tersiratnya dikupas melalui lirik dikir barat. Dikir Barat merupakan salah satu khazanah turun-temurun yang terkenal di negeri Kelantan. Perbahasan tentang aspek pemikiran dan bahasa ini sebenarnya merupakan keseluruhan pandangan atau fikiran seseorang individu yang merangkumi segala aspek pengetahuan, pemerhatian atau pendirian yang menjadi asas pendidikan. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti falsafah dan pemikiran Melayu dalam dikir barat dan dianalisis dengan menggunakan hipotesis Sapir-Whorf. Dalam konteks penulisan ini, wahana yang digunakan ialah lirik dikir barat yang diharapkan menjadi wadah ke arah pembentukan pemikiran yang kritis dan kreatif. Menerusi kaedah kualitatif dan anilisis kandungan teks lirik lagu, beberapa dikir barat telah dipilih secara rawak yang mempunyai unsur nasihat, dakwah, kritikan dan mesej yang berguna kepada masyarakat. Hasil kajian mendapati lirik lagu dikir barat mempunyai nilai pengajaran yang sangat tinggi dan sarat dengan nilai estetika yang berguna kepada masyarakat kerana mempunyai nasihat, kritikan dan mesej. Kajian ini membuktikan bahawa bahasa dan pemikiran serta falsafah dalam lirik lagu dikir barat yang dikaji saling berhubungan seperti yang diungkapkan dalam hipotesis Sapir- Whorf.  Tuntasnya, lirik lagu dikir barat yang dikaji mempunyai ketinggian pemikiran dan gaya kreatif masyarakat Melayu dalam melahirkan ciptaan lirik lagu yang sarat dengan nilai moral yang positif.

Keywords


bahasa, pemikiran, dikir barat, lirik lagu, Hipotesis Sapir Whorf

Full Text:

PDF

References


Arba’ie Sujud. (1999). “Estetika dalam lirik lagu nyanyian P. Ramlee”. Tesis Sarjana Sastera, Universiti Putra Malaysia.

Effendy Kadarisman. (2009). Karya dosen. (Atas Talian). Telah dimuat turun 4 Februari 2011, dari http://karya-ilmiah.um.ac.id/index.php/karya-dosen-fs/article/view/3689

Hadijah Rahmat. (2006). Peranan dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hamidah Yaacob. (2010). “Hiburan tradisional Kelantan”, dalam Khoo Kay Lim. (ed.). Beberapa Aspek Warisan Kelantan. Kota Bharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan

Jufrizal Zul Amri & Refnaldi. (2007). Hipotesis Sapir-Whorf dan struktur informasi klausa pentopikalan bahasa Minangkabau. Jurnal Linguistika, 14(26), 1-22.

Mohd Fahim Ismail. (2013). “Unsur Estetika dan Perjanjian dalam Lirik Dikir Barat Halim Yazid”. Latihan Ilmiah, bachelor, Universiti Putra Malaysia.

Mohd Fahim Ismail, Salmah Jan Noor Muhammad & Mohd Firdaus Che Yaacob. (2016). “Unsur Amanat dan Impak Lirik Dikir Barat Halim Yazid”. International Journal of language education and applied linguistics (IJLEAL) Vol. 4, 67-80.

Nirwana Sudirman et al. (2016). “Pantun Melayu sebagai Cerminan Kebitaraan Perenggu Minda Melayu”. Jurnal Melayu,15(2)2016

Nor Diyana Saupi et al. (2013). “Kekayaan Unsur Anthropomorphisme dalam Lagu Dikir. Analisis berdasarkan linguistik kognitif”. Jurnal Rampak Serantau, 20 April, 1- 14.

Norhafidah Ibrahim et al. (2018). “Kritikan Sosial dalam Lirik Lagu Dikir Barat”. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 3(9), 15 - 24.

Norasmat Mustapha. (1998). “Unsur Estetika Dalam Lagu Dikir Barat di Kelantan”. Latihan ilmiah, Bacelor, Universiti Putra Malaysia.

Siti Norasliza Othman. (2012). Makna Leksikal dalam Lirik Lagu Dikir Barat. Dimuat turun 17 Jun 2021, dari https://sitinoraslizaothman.wordpress.com/2012/04

Zaitul Azma Zainon Hamzah et al. (2011). “Bahasa dan Pemikiran dalam Peribahasa Melayu”. GEMA Online Jurnal of Language Studies Volume 11(3) September 2011


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.