KONSEP PEMELIHARAAN BERASASKAN KELUARGA TERHADAP KANAK-KANAK TIDAK TERKAWAL DI MALAYSIA: ANALISIS MENURUT PERSPEKTIF SYARIAH

Siti Amalina Ahmad Khairundin, Shahidra Abdul Khalil, Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar, Mumtazah Narowi, Noor Fadhzana Mohd Noor

Abstract


Kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup dalam suasana berkasih-sayang dalam sesebuah institusi keluarga. Perkara ini menjamin kanak-kanak untuk menikmati keselamatan, pendidikan serta sumber makanan yang berkhasiat. Namun, kelalaian ibu bapa atau penjaga dalam menjalankan tanggungjawab terhadap kanak-kanak boleh menyebabkan kanak-kanak berdepan dengan risiko cenderung kepada jenayah moral atau aktiviti tidak sihat. Statistik kes kanak-kanak tidak terkawal yang melibatkan kanak-kanak berusia 10 sehingga 18 tahun menunjukkan pola yang hampir sekata iaitu 100 sehingga 200 kes setahun dicatatkan daripada tahun 2019 sehingga 2022. Justeru artikel ini akan melakukan penilaian syariah terhadap konsep pemeliharaan berasaskan keluarga dalam pengendalian kanak-kanak tidak terkawal di Malaysia, dalam usaha menyokong peruntukan sedia ada. Bagi mencapai objektif kajian ini, pendekatan kualitatif digunakan menerusi kaedah kepustakaan yang berasaskan metod analisis litaretur dan kaedah lapangan yang berasaskan metod temubual. Kajian ini merujuk sumber-sumber primer seperti Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) dan prosedur-prosedur yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta sumber-sumber sekunder seperti data-data perpustakaan. Data-data ini kemudian dianalisis secara induktif, deduktif dan komparatif. Temubual bersama pegawai JKM membantu dalam mendapatkan maklumat semasa serta memberikan gambaran sebenar pengendalian kanak-kanak tidak terkawal. Hasil kajian mendapati bahawa konsep pemeliharaan berasaskan keluarga terhadap pengendalian kanak-kanak tidak terkawal mempunyai nilai-nilai Islam. Hasil ini juga boleh menjadi rujukan dan landasan dalam memperkasakan garis panduan berdasarkan syariah kepada pihak-pihak berkepentingan seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta pengendali-pengendali kes kanak-kanak tidak terkawal di bawah KPWKM sendiri seperti pegawai akhlak dan pengetua di asrama akhlak.  


Keywords


Kanak-Kanak Tidak Terkawal, Pemeliharaan Berasaskan Keluarga, Syariah

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.