AKAD YANG DILAKSANAKAN DALAM APLIKASI FOODPANDA: SATU TINJAUAN

Muhammad Ilhamuddin Arsad

Abstract


Aplikasi perdagangan elektronik telah berkembang pesat sehinggakan semua pemilik peranti elektronik boleh menggunakannya. Aplikasi perdagangan elektronik sebagai contoh Foodpanda telah menjadi aplikasi utama yang digunakan oleh rakyat Malaysia dalam urusan perniagaan, transaksi malahan juga pekerjaan. Maka, berdasarkan kepada kepesatan teknologi yang terdapat pada aplikasi Foodpanda yang merupakan salah satu daripada bentuk perdagangan elektronik, maka akad-akad yang terkandung di dalamnya dilihat semakin kompleks. Agama Islam sendiri menitik beratkan akad yang sah dalam suatu transaksi. Hal ini semestinya bagi mengelakkan berlaku kezaliman atau mencari keuntungan dengan cara yang salah dalam suatu transaksi. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti akad yang dilaksanakan dalam penggunaan aplikasi Foodpanda ialah selaras dengan apa yang diperuntukkan oleh syarak. Selain itu, penulisan ini juga ialah untuk mengenalpasti peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan aplikasi Foodpanda yang merupakan salah satu bentuk perdagangan elektronik. Tambahan lagi, penulisan ini juga bertujuan untuk mengenalpasti kes-kes yang berlaku berkaitan dengan perdagangan elektronik. Kajian ini menggunakan metodologi kajian perpustakaan untuk mendapatkan maklumat. Seterusnya, kajian ini dihasilkan menerusi analisis terhadap konsep akad-akad yang terdapat pada aplikasi Foodpanda, peruntukan undang-undang dan juga kes-kes yang berkaitan. Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat dua akad yang dilaksanakan apabila seseorang itu menggunakan aplikasi Foodpanda untuk melakukan pembelian.


Keywords


Foodpanda, aplikasi perdagangan elektronik, akad, perundangan perdagangan elektronik

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.