SUMBANG MAHRAM (INSES): SATU PERBANDINGAN ANTARA UNDANGUNDANG JENAYAH ISLAM DAN UNDANG-UNDANG JENAYAH DI MALAYSIA

Nadiah Mohd Zin, Rositah Kambol

Abstract


“Harapkan pegar, pegar makan padi” merupakan pepatah yang bersesuaian dengan perbuatan sumbang mahram yag berlaku dewasa ini. Perlakuan sumbang mahram adalah satu perbuatan zina antara sesama mahram di mana perbuatan ini amat terkutuk serta dipandang keji oleh masayarakat Islam dan juga mana-mana doktrin agama yang lain di dunia. Di dalam surah anNisa’ ayat 23, Allah SWT telah menerangkan dengan jelas berkaitan orang yang haram untuk dikahwini antaranya ibu, bapa, mertua lelaki atau mertua perempuan, anak-anak perempuan atau lelaki yang lahir dari rahim isteri atau menyusu dari susu badan isteri, adik beradik susuan, adik-beradik perempuan atau adik-beradik lelaki sebapa atau seibu, adik beradik bapa, adikberadik ibu, ibu atau bapa kepada ibu bapa,dan anak-anak saudara perempuan atau lelaki. Hal ini kerana perbuatan sumbang mahram ini dilakukan oleh seorang yang mempunyai pertalian darah atau nasab dengan mangsa atau hubungan jenis antara mereka yang mempunyai tali persaudaraan di mana perkahwinan antara mereka adalah tidak sah di sisi agama, undangundang dan adat resam sesuatu budaya tersebut terutamanya di Malaysia. Justeru itu, artikel ini, akan membincangkan mengenai perbandingan sumbang mahram atau Inses dari sudut Undang-Undang Jenayah Islam dan juga Undang-Undang Jenayah di Malaysia. Artikel ini menggunakan metod kualitattif di mana menggunakan kajian kes yang terdahulu, perpustakaan, artikel-artikel ilmiah, jurnal dan lain-lain lagi bagi merealisasikan penulisan artikel ini. Selain itu juga, artikel ini akan merumuskan bahawasanya, kedua-dua jenis UndangUndang Jenayah sama ada Islam ataupun sivil masing-masing memainkan peranan yang sangat penting di dalam menolak kepada perbuatan sumbang mahram.

Keywords


sumbang mahram, jenayah syariah, jenayah sivil, perbandingan

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.