TAHAP PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM DIDIKAN KANAK-KANAK DI TASKA KEMAS
Abstract
Penglibatan ibu bapa dalam didikan kanak-kanak diyakini dapat membantu perkembangan kanak-kanak di TASKA mahupun TADIKA. Namun begitu, kajian terdahulu yang telah dijalankan menunjukkan tahap penglibatan ibu bapa adalah sederhana (Fauziah Hanim, et al, 2014). Hal ini disebabkan oleh faktor kesibukan ibu bapa yang kesuntukan masa. Meskipun begitu, kajian seumpamanya masih kurang dilaksanakan di negara ini. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap penglibatan ibu bapa dalam didikan kanak-kanak di TASKA KEMAS di negeri Perak. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan menggunakan instrumen soal selidik dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif seperti min, sisihan piawai dan peratusan. Responden terdiri daripada 47 orang ibu bapa yang mempunyai anak-anak di TASKA KEMAS. Dapatan kajian menunjukkan penglibatan ibu bapa daripada perspektif mereka berada pada tahap yang sederhana (min = 3.234, SP = 0.757). Penglibatan dan kerjasama daripada ibu bapa dalam didikan kanak-kanak di TASKA masih lagi sederhana dan perlu ditingkatkan untuk kepentingan perkembangan kanak-kanak. Penganjuran aktiviti dan program yang dianjurkan oleh guru hendaklah mengikut kesesuaian masa ibu bapa agar penglibatan ibu bapa dapat dikekalkan secara konsisten
Keywords
Penglibatan Ibu Bapa, TASKA KEMAS.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.