PENAMBAHBAIKAN RANCANGAN AL-ARABIYYAH FI AL-RADIO MELALUI PENGGUNAAN LIVE VIDEO DALAM FACEBOOK®

Mohd Shahrizal bin Nasir, Muhammad Sabri bin Sahrir, Mohd Firdaus bin Yahaya

Abstract


Pemanfaatan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab merupakan satu keperluan sejajar dengan kemajuan masa kini. Rancangan Al-Arabiyyah Fi Al-Radio merupakan satu medium pembelajaran bahasa Arab melalui radio untuk orang awam. Makalah ini membincangkan proses penambahbaikan yang telah dilakukan dalam rancangan Al-Arabiyyah Fi Al-Radio dengan pemanfaatan media sosial Facebook®. Realitinya, perkembangan Facebook® telah mewujudkan fenomena yang tersendiri di seluruh pelosok dunia. Berdasarkan dapatan kajian lepas, beberapa respons pendengar telah diambil kira untuk tujuan penambahbaikan rancangan. Makalah ini menyenaraikan beberapa penambahbaikan yang dilakukan khususnya menerusi kemudahan Live Video dalam Facebook®. Kesimpulannya, penambahbaikan rancangan Al-Arabiyyah Fi Al-Radio dapat dilakukan mengikut saranan pendengar dengan memanfaatkan kemudahan yang disediakan dalam Facebook®. Oleh itu, diharapkan rancangan ini dapat terus memberi manfaat kepada para pendengar setelah usaha penambahbaikan dilakukan selaras dengan respons pendengar.


Keywords


Pembelajaran bahasa Arab, pembelajaran menerusi radio, Al-Arabiyyah Fi Al-Radio, media sosial, Facebook®

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.