ANALISIS AL-TIBAQ DAN AL-MUQABALAH DALAM SURAH AL-BAQARAH

Maryam Md Rofiee, Nur Afifah Fadzil, Muhammad Awwalul Syawal Jumaris

Abstract


Al-Quran Al-Karim menjadi rujukan utama dalam pengkajian bahasa Arab. Hal ini kerana, Al-Quran Al-Karim diturunkan oleh Allah SWT dalam bahasa Arab. Bahasa Arab adalah bahasa yang indah, fasih dan jelas, bahkan ia mampu menyampaikan makna tersirat yang merangkumi kaedah Nahu (Sintaksis), Sarf (Morfologi) dan Balaghah (Retorik). Keindahan bahasa Arab bukan sahaja diukur pada lafaznya, bahkan pada maknanya juga. Al-Tibaq dan al-Muqabalah merupakan perbahasan muhassinat al-ma’nawiyyah (keindahan makna) dalam ilmu Badi’. Kajian ini bertujuan menghurai al-Tibaq dan al-Muqabalah dari aspek ilmu Balaghah, seterusnya menganalisis al-Tibaq dan al-Muqabalah yang terdapat dalam surah al-Baqarah. Kajian Kualitatif adalah pendekatan yang digunakan dalam mengkaji al-Tibaq dan al-Muqabalah dalam surah al-Baqarah. Data dikumpul menerusi kaedah analisis dokumen, seterusnya dianalisis mengikut tema dalam perbahasan al-Tibaq dan al-Muqabalah. Hasil kajian mendapati al-Tibaq dan al-Muqabalah diterapkan dan diaplikasikan dalam surah al-Baqarah. Terdapat 76 perkataan al-Tibaq dalam 59 ayat surah al-Baqarah dan meliputi kedua-dua pembahagian al-Tibaq iaitu Tibaq al-Ijabi dan Tibaq al-Salbi. Manakala al-Muqabalah pula terdapat dalam 3 ayat surah al-Baqarah dan hanya melibatkan dua jenis al-Muqabalah. Penggunaan gaya bahasa retorik khususnya muhassinat al-ma’nawiyyah memberi impak dalam keindahan bahasa Al-Quran Al-Karim.


Full Text:

PDF

References


Al-Quran Al-Karim

Al-Hashimi, a.-S. A. (2022). Jawahir al-Balaghah fi al-Ma’ani wa al-Bayan wa al-Badi’. Bayrut: al-Maktabah al-‘Asriyyah.

Ali al-Jarim & Mustafa Amin. (2017). Al-Balaghah al-Wadihah. Al-Qahirah: Dar Quba’ al-Hadithah.

Al-Maraghi, A. M. (2020). ‘Ulum al-Balaghah: al-Bayan wa al-Ma’ani wa al-Badi’. Bayrut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Al-Nisaburi, A. H.-W. (2020). Asbab Al-Nuzul. Al-Dammam: Dar Al-Islah.

Al-Qazwini, A.-K. (2019). Al-Idhah fi ‘Ulum al-Balaghah al-Ma’ani wa al-Bayan wa al-Badi’. Bayrut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Al-Sa’idi, A. A.-M. (2017). Bughyat al-Idhah. Beirut: Maktabah Al-Adab.

Al-Suyuti, J. (2021). Al-Itqan fi ‘Ulum Al-Quran. Bierut: Muassasah Al-Risalah.

Basyuni, A. a.-F. (2015). Ilm al-Badi’. Al-Qahirah: Muassasah al-Mukhtar.

Fuad Mohamed Berawi. (2018). Metodologi Penyelidikan: Panduan Menulis Tesis. UUM Press.

Mohd Faiz Mohamed Yusof & Nurhanani Romli. (2019). Aplikasi Program Atlas.Ti dalam Penyelidikan Kualitatif Pengajian Pascasiswazah Bidang Pengajian Islam: Suatu Cadangan Awal. Al-Hikmah 11(1), 3-21.

Siti Nabilah, M. (2017). Perkembangan Kajian Al-Takrar dan Pengaruh Terhadap Pemikiran Al-Karmani (Tesis Sarjana Pengajian Bahasa arab dan Tamadun Islam). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Suhaimi. (2020). Keindahan-keindahan makna dalam Al-Quran. Jurnal Ilmiah Al-Mu’ashirah. Vol. 17. No. 1, 36-46.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.