TEORI DAN KONSEP PENGURUSAN DAKWAH : SATU TINJAUAN AWAL

Mohamad Nazli Omar

Abstract


Pengurusan dakwah merujuk kepada usaha dalam menyebarluaskan seruan Islam dengan sistematik dan sempurna. Ia merujuk kepada beberapa elemen dalam bidang pengurusan yang boleh diaplikasikan dalam kerja-kerja dakwah. Ia merangkumi perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan kawalan yang menjadi asas dalam disiplin pengurusan. Selain daripada itu, bagi memperkukuhkan kefahaman tentang pengurusan dakwah sewajarnya perlu dirujuk kepada amalan dakwah baginda Rasulullah s.a.w yang telah membuktikan bahawa dakwah baginda telah berjaya. Hasilnya Islam tersebar di seluruh pelosok dunia kini. Sehubungan dengan itu pengurusan dakwah yang mantap perlu berlandaskan kepada konsep dan amalan pengurusan yang sistematik dan mencapai objektifnya agar Islam dapat dikembangkan dengan jayanya.

Keywords


pengurusan, dakwah, perancangan, pengorganisasian, kepimpinan, kawalan

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2017 JURNAL ILMI

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.