KEANEKARAGAMAN CIRI LARAS BAHASA KREATIF (SASTERA) DALAM PENULISAN NOVEL HUJAN PAGI

Siti Nor Atikaf Salleh, Nurfarhana Shahira Rosly, Nabillah Bolhassan, Asrul Azuan Mat Dehan

Abstract


Kajian ini adalah berkaitan keanekaragaman ciri laras bahasa kreatif (sastera) yang terdapat dalam novel Hujan Pagi karya sasterawan negara iaitu A. Samad Said. Laras bahasa kreatif sastera berperanan membantu pengarang menyampaikan maklumat idea kepada khalayak ramai yang disasarkan. Objektif kajian ini ialah mengenalpasti ciri-ciri laras bahasa kreatif (sastera) yang terdapat dalam penulisan novel Hujan Pagi. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen. Teori yang digunakan dalam kajian ini ialah Teori Retorik Moden. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat sembilan jenis laras bahasa kreatif sastera yang terdapat dalam novel Hujan Pagi. Melalui kajian ini, pengkaji dapat memberi pendedahan kepada pembaca novel tentang ilmu bahasa.

Keywords


Teori Retorik Moden, novel, karya kreatif, laras bahasa kreatif, Hujan Pagi, A. Samad Said

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2017 JURNAL ILMI

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.