POLEMIK ‘ISTERI PEMANGSA, SUAMI MANGSA’: SUATU TINJAUAN AWAL DI MALAYSIA

Mohd Ab Malek Md Shah, Jeniwaty Mohd Jody, Suzzana Othman

Abstract


Secara realistiknya, isu penderaan suami (husband battering) bukanlah suatu fenomena asing dalam kehidupan masyarakat kita pada hari ini. Saban hari, kadar jumlah yang melibatkan kes-kes seumpama ini tidak boleh lagi dianggap sebagai isu terpencil yang tidak sewajarnya dipandang remeh. Namun demikian, apa yang perlu kita akui, tiada sebarang data lengkap atau kajian yang khusus berhubung isu penderaan atau penganiayaan terhadap suami. Dari kaca mata Islam, penderaan suami seharusnya dianggap ‘dosa’ yang mampu mengganggu-gugat keharmonian dan survival sesebuah institusi kekeluargaan yang boleh mengakibatkan terjadinya nusyuz di pihak isteri. Dengan merujuk kepada senario semasa, antara bentuk kerencaman modus operandi penderhakaan terhadap suami (yang adakalanya turut diklasifikasikan sebagai suatu ‘jenayah terancang’ oleh penulis secara peribadi) termasuklah secara fizikal, mental, emosi, seksual mahupun spiritual serta pelbagai jenis kaedah dan metodologi penganiyaan yang adakalanya tidak rasional. Justeru, penulisan ini bertujuan untuk melihat sejauh mana isu penderaan terhadap suami ini dapat dianggap sebagai nusyuz menurut syara’. Selain itu, penulis juga turut menyentuh sejauh mana tahap keberkesanan pelaksanaan undang-undang perkahwinan di Malaysia sedia ada; yang rata-ratanya menjurus ke arah ‘pendiskriminasian’ terhadap segala hak dan tanggungjawab pihak suami secara umum.

Keywords


penderaan suami; Islam; nusyuz; penderaan; suami

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2018 Jurnal ILMI

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.