PENGARUH KITAB AL-HIKAM AL-‘ATAIYYAH DALAM MASYARAKAT MELAYU DI MALAYSIA

Shuhaimi Mohd Lana, Abd Rahman Abd Ghani

Abstract


Ibn ‘Ata’ Allah al-Sakandari merupakan seorang tokoh ilmuan Islam ulung yang menekuni dalam bidang pendidikan kerohanian. Melalui karya ulung beliau, al-Hikam al-‘Ataiyyah, nama Ibn ‘Ata’ Allah al-Sakandari telah dikenali di seluruh dunia Islam termasuklah negeri-negeri Islam di Alam Melayu. Dalam artikel ini, penulis cuba menjelaskan pengaruh al-Hikam al-‘Ataiyyah dalam konteks pengajaran kesufiannya dan bagaimana pengaruhnya boleh tersebar ke dalam masyarakat Melayu di Malaysia. Justeru, kajian ini menggunakan metod induktif dan deduktif dalam menganalisis data yang ada. Manakala data dan maklumat dikumpul menggunakan metod perpustakaan dan dokumentasi. Kajian mendapati pengaruh al-Hikam al-‘Ataiyyah telah lama bertapak di alam Melayu bermula dari akhir kurun yang ke 16 Masihi melalui seorang ulama terkemuka yang dikenali dengan gelaran Tok Pulau Manis. Secara amnya kajian ini adalah merupakan satu usaha untuk membetulkan pandangan hidup masyarakat Islam terhadap para sufi, di mana para ulama Sufi juga terlibat secara langsung dalam menyebarkan Islam di rantau ini.

Keywords


Ibn ‘Ata’ Allah al-Sakandari; al-Hikam; Tok Pulau Manis

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2018 Jurnal ILMI

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.