PENGARUH BUDAYA ORGANISASI DAN KOMITMEN ORGANISASI TERHADAP PRESTASI KERJA DI HOTEL

Dina Syamilah Zaid, Hartini Adenan, Siti Mahera Ahmat Amin, Dziela Muhamad Parid

Abstract


Budaya organisasi sangat berpengaruh dalam sesebuah organisasi kerana sistem nilai dalam budaya
organisasi boleh digunakan sebagai rujukan untuk tingkah laku manusia dalam organisasi yang
berorientasikan ke arah mencapai objektif atau hasil prestasi yang ditetapkan. Tujuan pelaksanaan
budaya organisasi adalah untuk semua individu dalam organisasi untuk mematuhi dan dibimbing oleh
sistem nilai kepercayaan dan norma yang dilaksanakan dalam organisasi. Justeru, pengurusan sumber
manusia yang ada di dalam organisasi perlu memainkan peranan utama dalam mencerna idea-idea
baharu untuk melaksanakan segala aktiviti di dalam organisasi. Selain itu mereka perlu bertindak
mencipta dan membentuk budaya cemerlang serta mernbina komitmen di kalangan ahli organisasi.
Komitmen terhadap organisasi memberi kesan pada tahap perlaksanaan kerja. Komitmen sering
digunakan untuk meramal tingkah laku yang berkaitan dengan organisasi. Perlakuan yang disebutkan
ialah kesediaan, sanggup berusaha dan berkhidmat kepada organisasi.


Keywords


Budaya Organisasi, Komitmen Organisasi, Prestasi Kerja

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.