KEFAHAMAN HALALAN TOYYIBAN DARI PERSPEKTIF PENGUSAHA DAN PEKERJA RESTORAN MELAYU DI BANDA HILIR, MELAKA

Amey Rozalina Azeman, syafiq Akmal Sazali, Azman Ripin

Abstract


Terma halalan toyyiban bukanlah suatu yang asing dalam pengurusan perkhidmatan makanan. Ianya
mampu menambah nilai dalam sesuatu perkhidmatan mahupun produk. Maka, kertas kajian ini telah
dirangka bagi mengkaji kefahaman amalan halalan toyyiban dari perspektif pengusaha dan pekerja
restoran melayu di kawasan Banda hilir Melaka. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat
sejauh mana kefahaman pengusaha restoran melayu khususnya golongan muslim dalam memastikan
perolehan bahan makanan dan minuman, tempat penyimpanan, proses penyediaan (mise-en-place)
dan memasak serta kebersihan adalah menepati kehendak Islam seperti mana yang telah digariskan.
Menjadikan Banda Hilir sebagai pusat kajian kerana lokasinya yang menjadi tumpuan para pelancong
dalam dan luar negara, sebanyak 50 set borang soal selidik akan diedarkan kepada 50 orang
pengusaha dan pekerja restoran melayu di kawasan tersebut. Data yang diperoleh akan dianalisa
menggunakan perisian SPSS versi 26.0.


Keywords


Amalan Halalan Toyyiban, sumber makanan dan minuman, penyimpanan bahan mentah, proses penyediaan dan memasak, kebersihan

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.