KEBERKESANAN LATIHAN INDUSTRI GRADUAN DIPLOMA PENGURUSAN PERHOTELAN, KUIM (KOHORT 35 & 36): TINJAUAN DARI PERSPEKTIF MAJIKAN
Abstract
Kajian ini memberi fokus kepada maklum balas majikan terhadap prestasi personaliti dan kemahiran insaniah pelajar yang sedang menjalani latihan industri di pelbagai latar belakang organisasi. Secara khususnya kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap personaliti pelajar Program Diploma Pengurusan Perhotelan Kolej Universiti Islam Melaka yang mengikuti latihan industri dan mengenal pasti tahap kemahiran Insaniah pelajar Program Diploma Pengurusan Perhotelan Kolej Universiti Islam Melaka yang mengikuti latihan industri. Kajian ini melibatkan semua pelajar Diploma Pengurusan Perhotelan semester akhir di Kolej Universiti Islam Melaka. Responden merupakan pelajar dari kohort 35 dan 36. Populasi kajian adalah kumpulan pelajar yang telah menjalani latihan industri dan terhad kepada 71 orang responden sahaja. Memandangkan saiz sample adalah kecil maka pengkaji akan mengambil kesemua 71 responden untuk dikaji. Borang soal selidik merupakan instrumen yang akan digunakan bagi mengumpul data dan dihantar melalui emel kepada majikan oleh penyelidik. Kajian ini memberi maklumat kepada penyelidik bahawa faktor yang ditekankan oleh pihak industri terhadap pelajar Diploma Pengurusan Perhotelan, KUIM. Faktor pertama yang ditekankan adalah pembinaan personaliti. Sahsiah yang baik berupaya menjadi asas kepada pembinaan perlajar yang berwibawa. Kedua merupakan faktor kemahiran Insaniah yang banyak diterapkan didalam kelas amali dan projek luar. Kemahiran yang dititikberatkan adalah kemahiran berkomunikasi, kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran bekerja secara berpasukan. Selain itu faktor ini penting untuk diketahui dan amat perlu untuk meningkatkan kadar kebolehpasaran pelajar terutama apabila sudah bergraduat nanti. Maklumat ini akan memberi maklumat yang berfaedah kepada pihak-pihak yang tertentu. Antara pihak yang boleh mendapat manfaat daripada kajian ini adalah termasuk: Unit Latihan Industri, dan para pentadbir Fakulti Pengurusan Hospitaliti KUIM, pihak industri, para pensyarah dan para pelajar.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.