FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TEKANAN KERJA DALAM KALANGAN PEKERJA HOTEL DI NEGERI MELAKA

Abdul Mutalib Mohamed Azim, Siti Zuraydah Md. Jenil, Baharom Said, Muhammad Shahril Mohd Zin, Siti Saedah Dolah

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesan faktor ganjaran, sokongan penyelia, beban tugas dan kekangan masa terhadap tekanan kerja. Bagi tujuan tersebut, seramai 112 orang pekerja di lima buah hotel lima bintang di negeri Melaka telah dipilih sebagai responden bagi kajian ini. Kaedah pengumpulan data menggunakan kaedah persempelan rawak mudah dengan G-Power sebagai panduan bagi mendapatkan jumlah sampel kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan hubungan yang signifikan antara kesemua pembolehubah bebas terhadap tekanan kerja. Hasil kajian ini menyokong kajian-kajian lampau dan hipotesis kajian. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa kekangan masa merupakan penyumbang terbesar kepada tekanan kerja dalam kalangan pekerja hotel.

 


Keywords


Ganjaran, Sokongan Penyelia, Beban Tugas Dan Kekangan Masa Terhadap Tekanan Kerja

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.