PENGETAHUAN DAN SIKAP TENTANG NEEDLESTICK INJURY DI KALANGAN PELATIH SEMESTER 2 FAKULTI KEJURURAWATAN DAN SAINS KESIHATAN DI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

Nor Hayati Zainuddin

Abstract


Needlestick Injury (NI) merupakan salah satu kejadian yang harus di titikberatkan dan perlu dipelajari oleh setiap pelajar kejururawatan. Pelatih perlulah mempunyai pengetahuan dan sikap yang baik untuk mengelakkan dari berlakunya kejadian tersebut. Objektif kajian adalah untuk mengukur tahap pengetahuan dan sikap tentang NI di kalangan pelatih Semester 2 Fakulti Kejururawatan Dan Sains Kesihatan di Kolej Uiversiti Islam Melaka. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif. Soalan soal selidik iaitu kaedah Self Report Questionaire diberikan kepada pelatih Semester 2 Fakulti Kejururawatan dan Sains Kesihatan seramai 70 orang dan pengedaran soalan dilakukan secara tidak rawak. Soalan dibahagikan kepada 4 bahagian. Respondan seramai 70 orang menjawab soalan dengan baik dan menunjukkan pelatih faham dengan soal selidik yang diedarkan. Pelatih mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi kerana diajar tentang Needlestick Injury dan Universal Precaution. Faktor bebanan kerja juga merupakan faktor yang utama dan pelatih mempunyai sikap yang baik dalam mengenadalikan jarum suntikan semasa melakukan prosedur. Pelatih mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi dan sikap yang baik untuk mengelakkan kejadian Needlestick injury.

Keywords


Tahap Pengetahuan; Sikap; Jururawat Pelatih; Needlestick Injury

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.