Hubungan Tahap Pengetahuan Dan Kepatuhan Amalan Penjagaan Mata Dengan Komplikasi Penglihatan Dalam Kalangan Masyarakat

Kamini a/p Raman, Siti Fatimah Md.Shariff

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti  tahap pengetahuan dan kepatuhan penjagaan mata yang berkait dengan komplikasi penglihatan dalam kalangan masyarakat.  Kaedah kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan kajian rentas menggunakan kaedah pensampelan bertujuan rawak mudah. Soal selidik yang diubahsuai daripada National Eye Institute Visual Functioning Questionnaire Version 2000. Data yang direkodkan dianalisis dengan menggunakan SPSS. Kajian mendapati tahap pengetahuan dan tahap kepatuhan amalan berkaitan dengan penjagaan mata berada pada tahap yang tinggi, sementara komplikasi penglihatan yang dialami oleh pesakit diabetes berada pada tahap yang sederhana. Kesimpulannya, kajian membuktikan walaupun tahap pengetahuan dan kepatuhan terhadap amalan penjagaan mata berada pada tahap yang tinggi, komplikasi mata akibat diabetes masih berlaku. Oleh yang demikian,pendekatan yang lebih menyeluruh perlulah diberikan perhatian dalam memberikan kesedaran terhadap komplikasi penglihatan yang boleh mengakibatkan buta juga komplikasi diabetes secara lebih menyeluruh agar keterukan komplikasi dapat di kawal  dan dicegah.

Keywords


komplikasi penglihatan; tahap pengetahuan; kepatuhan dan amalan penjagaan mata

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.