Wacana Perubatan dalam Kelahiran AMANI dan Hubungannya dengan Kelahiran Berisiko Tinggi: Analisis Bidang Perubatan Obstetrik dan Ginekologi.
Abstract
Kelahiran AMANI (Assisting Mothers for Active Natural Instinctive Birth), merupakan kaedah kelahiran yang bersifat natural tanpa bantuan perubatan moden. Oleh yang demikian, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti laporan akhbar tentang kelahiran AMANI dan risiko semasa kelahiran bayi melalui analisis wacana. Seterusnya, kajian membincangkan hubungan antara kelahiran AMANI dan risiko kelahiran bayi. Kemudian, menghuraikan risiko semasa kelahiran bayi yang menyebabkan pentingnya justifikasi kelahiran di fasiliti perubatan moden. Pelaksanaan kajian ini dijalankan secara deskriptif melalui analisis teks kandungan tentang kelahiran AMANI dan risiko kelahiran bayi. Selain itu, kajian ini mengaplikasikan Teori Brown & Yule 1983 melalui wacana teks kajian. Keputusan kajian memperlihatkan bahawa wacana perubatan mempunyai kepentingan makna dalam aspek kelahiran AMANI yang boleh menyebabkan risiko dalam kelahiran yang mengalami masalah tidak terjangka. Malah, kecemasan yang berlaku semasa kelahiran mengakibatkan nyawa ibu serta anak dalam risiko kematian. Hal ini demikian kerana, kelahiran mempunyai risiko jika ibu mempunyai masalah keihatan atau berlaku di luar jangkaan semasa proses melahirkan. Antaranya, kedudukan bayi songsang, masalah pembukaan serviks yang tidak sepadan dengan bayi, bayi besar, bahu tersangkut dan pendarahan yang banyak semasa kelahiran. Sekali gus, menyebabkan pentingnya kelahiran bayi yang memerlukan bantuan dalam perubatan moden dilakukan oleh setiap kelahiran kerana dapat mengurangkan risiko kematian melalui bantuan peralatan canggih, kepakaran bidang perbidanan dan sakit puan serta fasliliti perubatan yang sesuai dengan peredaran masa. Selain itu, peuntukan perundangan juga mewajibkan bayi dilahirkan di faliliti perubatan moden seperti hospital bagi mengelakkan risiko kematian. Tamsilnya, kajian ini memberikan manfaat kepada bakal ibu bapa, pengamal perubatan bertauliah dan penyelidik dalam bidang berkaitan untuk dijadikan rujukan.
Keywords
kelahiran AMANI, kelahiran berisiko tinggi, wacana perubatan
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.