HUBUNGAN ANTARA TEKANAN KERJA, SOKONGAN PENYELIA DAN KEADILAN ORGANISASI DENGAN KUALITI KEHIDUPAN KERJA SERTA PERANAN KONFLIK KERJA KELUARGA SEBAGAI PENGANTARA DALAM KALANGAN WANITA BEKERJA DI NEGERI SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Nur Fairus Mohamad Yatim

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti peranan konflik kerja keluarga sebagai pengantara dalam hubungan antara tekanan kerja, sokongan penyelia dan keadilan organisasi dengan kualiti kehidupan kerja bagi wanita yang bekerja. Seramai 179 orang wanita yang bekerja sebagai jurutera, penolong jurutera dan juruteknik telah dipilih secara rawak daripada negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai bahan kajian. Data kajian diperoleh dengan menggunakan satu set soal selidik daripada responden yang terdiri daripada enam bahagian. Soalan-soalan terdiri daripada demografi, tekanan kerja, sokongan penyelia, keadilan organisasi, konflik kerja keluarga dan kualiti kehidupan kerja. Kesemua data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan unit analisis individu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tekanan kerja, sokongan penyelia dan keadilan organisasi dengan kualiti kehidupan kerja. Dapatan kajian ini juga turut membuktikan bahawa konflik kerja keluarga memainkan peranan yang penting sebagai pengantara antara hubungan tekanan kerja, sokongan penyelia dan keadilan organisasi dengan kualiti kehidupan kerja.

Kata Kunci: Konflik Kerja Keluarga, Tekanan Kerja, Sokongan Penyelia, Keadilan Organisasi, Kualiti Kehidupan Kerja


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.