PENGLIBATAN USAHAWAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS) DALAM PERNIAGAAN DIGITAL SEMASA PANDEMIK COVID-19: KAJIAN KES FELDA AIR TAWAR, JOHOR

Nurulhayah Muhamad, Nur Nabilah Zainudin, Nurul Liyana Hussin, Nor Hazanah Miskan

Abstract


Perniagaan menerusi internet membolehkan pelbagai bentuk pemasaran dilakukan secara digital dan ia juga merupakan platform yang popular pada masa kini terutamanya pada saat pandemik COVID-19. Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) adalah salah satu sektor yang paling terkesan dengan penularan tersebut dan digalakkan menggunakan kemudahan ini secara optimum bagi mencapai mutu sesebuah perniagaan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana penglibatan usahawan peniaga kecil dalam pemasaran digital semasa pandemik COVID-19 di Felda Air Tawar 4. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan antara promosi, jenama dan komunikasi dengan kuasa pemasaran digital. Dalam kajian ini juga, sampel kajian terdiri daripada 30 usahawan PKS yang menjalankan perniagaan di Felda Air Tawar 4. Analisis data dihasilkan dengan menggunakan perisian SPSS yang merangkumi data deskriptif, skor min, dan analisis korelasi yang digunakan untuk mengetahui hubungan antara pembolehubah tidak bersandar dengan pembolehubah bersandar. Hasil kajian menunjukkan bahawa promosi, jenama dan komunikasi mempunyai hubungan yang signifikan dengan pemasaran digital. Hasil analisis, pengkaji mendapati bahawa jenama mempunyai hubungan positif yang paling signifikan dengan pemasaran digital.

 

Kata kunci : Pemasaran Digital, Promosi, Jenama, Komunikasi, Usahawan PKS.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.