KORELASI ANTARA GELAGAT FILANTROFI DENGAN TAHAP KEDERMAWANAN MUSLIM SEMASA PANDEMIK COVID-19

Muaz Mohd Noor, Muhammad Taufik Md Sharipp, Mohd Zaid Mustafar, Muhammad Faidz Mohd Fadzil, S Salahudin Suyurno, Mohd Khairul Nizam Abd Aziz

Abstract


Pandemik COVID-19 mengakibatkan kesan pengangguran 24 juta orang di Asia Timur dan Pasifik, termasuk Malaysia. Dalam hal ini, filantropi memainkan peranan yang sangat penting dalam ekonomi umat Islam sebagai salah satu instrumen bagi membantu golongan yang terkesan ini. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan antara faktor dalaman (kepatuhan beragama, kepekaan sosial, penghargaan dan kepuasan kebajikan) dan faktor luaran (iklan media, polisi kerajaan, pengaruh persekitaran dan ketampakan) yang mempengaruhi gelagat filantrofi dengan tahap kedermawanan Muslim. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan satu set soal selidik yang berstruktur dan diedarkan kepada 424 orang responden sepanjang tempoh PKP di negeri Melaka. Dapatan kajian menunjukkan dari lapan faktor dalam dan luaran, kesemua empat faktor dalaman dan tiga faktor luaran gelagat filantrofi mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap kedermawanan Muslim. Hanya satu faktor luaran gelagat filantrofi iaitu ketampakan/prestij tidak menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan dengan tahap kedermawanan Muslim. Ini bermaksud, sepanjang penularan COVID-19 responden menderma dengan tidak berniat untuk mempromosi diri dan institusi.

Kata Kunci: Gelagat filantrofi, tahap kedermawanan, Melaka, COVID-19


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.