LITERASI KEWANGAN ISLAM: SOROTAN KAJIAN LEPAS DAN KAEDAH PENGUKURAN

Mohamad Azmi Abdullah, Mohd Fauzi Hussin

Abstract


Di dalam Islam elemen patuh kepada shariah adalah keutamaan bagi setiap muslim di dalam setiap aktiviti di dalam kehidupan mereka. Panduan shariah meliputi aspek ekonomi, ibadat, perundangan, kemasyarakatan dan hubungan antarabangsa. Perbezan jelas diantara kefahaman kewangan konvensional dan Islam yang di ukur mengunakan pendekatan literasi kewangan adalah dari aspek pematuhan shariah. Berdasarkan perbezaan ini, kajian yang dilakukan oleh para sarjana berkaitan Literasi Kewangan (LK) adalah dalam bentuk kajian kes dan kajian literatur adalah sangat meluas. Namun begitu, kajian berkenaan Literasi Kewangan Islam (LKI) mula mendapat tumpuan sejak 2010. Oleh itu kajian ini cuba menganalisis kajian lepas berkaitan literasi kewangan Islam memandangkan LKI merupakan bidang kajian yang agak baru dalam dunia penyelidikan berbading literasi kewangan yang telah mantap dari aspek teori dan dapatan kajian. Berdasarkan kepada kajian lepas dan dapatan kajian oleh para sarjana, kajian ini cuba menyelidik beberapa konsep yang sesuai untuk mengukur literasi kewangan Islam selari dengan kehendak shariah. Perkara asas di dalam Islam seperti rukun iman, Islam dan hukum hakam asas dalam setiap aktiviti muslim cuba di ketengahkan. Selain itu beberapa konsep penting di dalam muamalat dan ekonomi Islam seperti konsep perlindungan di dalam Islam, Konsep tabungan di dalam islam, pinjaman dari persepktif Islam, Konsep jaminan dalam Islam, Konsep perwakilan (wakalah) dalam Islam dan pembersihan kekayaan di dalam Islam cuba di ketengahkan sebagai satu kaedah pengukuran literasi kewangan Islam. Berdasarkan daripada perbincangan konsep-konsep penting dalam muamalat Islam ini boleh dijadikan panduan untuk membangunkan konstruk yang sesuai untuk mengukur literasi kewangan Islam individu dan usahawan Muslim seterusnya boleh menjadi sumbangan bermakna kepada para sarjana untuk kajian kajian akan datang.

 

Kata Kunci: Literasi Kewangan Islam, Kewangan Islam, Ekonomi Islam


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.